Kawan-Kawan

Sunday, November 29, 2009

Salam Eidul Adha...Santapan Rohani (10 Amalan Terbalik)

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita.Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam? 

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3.Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas an segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak,bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita. Sabda Rasullullah S.A.W: 'Sampaikanlah pesanan dariku walaupun satu ayat.' (Riwayat Bukhari)

Selamat Hari Raya Eidul Adha buat semua muslimin dan muslimat...




Sunday, November 22, 2009

Thursday, November 19, 2009

Perpisahan...

Setiap Pertemuan itu Pasti akan ada Perpisahan...
**Assalamualaikum, hari ini adalah hari terakhir persekolahan. Hari yang sibuk bagi kebanyakan guru sebab masa ni la juga kena hantar macam-macam laporan kepada pihak pengurusan. Namun, hari ini juga hari yang terakhir kami bersama dengan seorang guru media yang berdedikasi, Puan Shamshina Aminuddin. Kak Sham terpaksa berpindah ke Kajang kerana mengikut suaminya yang dihantar bertugas di penjara Kajang. Macam tu la kalau dah jadi isteri pegawai penjara ni. Selalu kena follow suami yang dihantar bertugas ke merata tempat di seluruh Malaysia. Jadi guru-guru ada la menyediakan jamuan ringkas. Jamuan dibuat secara kecil-kecilan saja memandangkan berita pertukaran datang secara mengejut. Jadi tak dapatla nak buat besar-besaran. Kepada Kak Sham, saya ucapkan selamat bertugas ditempat yang baru. Insyaallah, semoga kita dapat berjumpa lagi di masa hadapan, mana tau terserempak kat Kota Bharu cuti sekolah ni...boleh lah main air banjir sama-sama...hehehe..



Pengetua menyampaikan cenderahati kepada Kak Sham




Tekunnyer korang ni kalau depan pengetua...Kak Tengku
nak jadi photographer ke??

Monday, November 16, 2009

Jalan-jalan Pergi Mydin



***Assalamualaikum, now I am sleepy and my bed, my bantal bucuk, my warm smelly selimut are calling me. Tired again, like yesterday, but, it happens to me because this afternoon I went to Mydin and spent my entire day there. I made a little shopping, nothing much, just a haversack for my laptop (Mydin really knew my taste for the cheaper thing, hehehe!). Well the bag only cost RM39.90. I had my eye on this kind of thing at Giant and found the cheapest one is RM90.00. So, no hesitation can get over me. I chose Mydin in this case. I am patiently waiting for the pay day as the duit in my bank account is getting smaller and smaller in number. Bila la nak masuk gaji ni....23hb kan?? Even though I had spent RM39.90 on the haversack, the total amount of the money that I gave to Mydin punya tokey was more than RM100. Yelah, kalau dah segala benda yang ada depan mata aku ambik... The best thing was, when I wanted to pay by using my credit card, the boy at the counter said, "Kak, cash only la, mesin credit card ni rosak". What?? and I looked behind me, there was a long queue there and people waited to pay impatiently. I didn't have enough money in my purse. So the boy asked me to go to the other counter. Mujur la kat situ bleh guna kad kredit. So, the moral value of the story is please bring the real money not the plastic one!



Murah je, mana la mampu nak beli yang mahal...
Jenama pon orang tak pernah dengar.. AMIOKO..
Ni nyaris takleh bayar tadi.

** I am watching Supernatural now...Dean ni handsome tul!

Sunday, November 15, 2009

P.S: I LoVe YoU

Assalamualaikum, fuhh! What a tiring weekend...I had to attend meeting and sat on the chair for the whole 2 days...kerusi kayu plak tu..well actually not for the whole days. Mati la aku!. At last I am free, yeah! Now lets talk on P.S I Love You... sorry it is not a message for my special one, hehehe... If there is, I'll keep it as a secret. It is a book..nice one and i love it. There are elements of love, friendship, and comedy too. This book reached #1 best seller in Ireland, U.K and other countries for 19 weeks! Wow ! What a great achievement for such a young writer.



This book was published in 2004. The book then, was adapted to a drama film in 2007.I've seen the movie, starred by Hillary Swank (she's beautiful) and Gerard Butler (he's hot!) but, it was a bit different from the book. Well, lets go through the plot summary first...I got it from Wikipedia. Hope you guys love it too.

Set in Ireland, Holly Kennedy is beautiful, smart and married to the love of her life - a passionate, funny and impetuous Irishman named Gerry. So when Gerry's life is taken by an illness, it takes the life out of Holly. The only one who can help her is the person who is no longer there. Nobody knows Holly better than Gerry, so it's a good thing he planned ahead. Before he died, Gerry wrote Holly a series of 10 letters that will guide her, not only through her grief but in rediscovering herself. The messages are Gerry's way of informing Holly life goes on. The messages include various tasks and treats Gerry has left for Holly. This is his way of letting her know he will always be there for her. Each letter sends her on a new adventure and each signs off in the same way: "P.S. I Love You." Holly's mother and best friends, Sharon and Denise, begin to worry that Gerry's letters are keeping Holly tied to the past, but, in fact, each letter is pushing her further into a new future. With Gerry's words as her guide, Holly embarks on a journey of rediscovery in a story about marriage, friendship and how a love so strong can turn the finality of death into new beginning for life.


So friends, what are you waiting for? Go to the nearest bookstore and grab it! Murah maa.. RM31.90 je kat Popular.


***I wish someone could love me like that....Love feels no burden...Love feels no burden...

Thursday, November 12, 2009

Demam Tanda Kertas

Assalamualaikum, sekarang ni semua orang tengah sibuk nak siapkan keje...maklumlaaa masing-masing nak hantar sebelum cuti. Takde la pening kepala kalau kerja siap awal-awal. Macam ni la cikgu-cikgu SMK Seri Serating, bertanggungjawab dan memberikan tumpuan pada tugas masing-masing. Bangga betul!









Sibuknya Liza buat keje, ke buat-buat sibuk? kekeke...










Apa yang dibebelkan tu Huda...










Woi! Wat mai nasik kerabu tu..lapo ni!

Sunday, November 8, 2009

ENAM PERTANYAAN IMAM GHAZALI


1. Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia?

2. Apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia?                             
3. Apakah yang paling besar di dunia?
4. Apakah yang paling berat di dunia?
5. Apakah yang paling ringan di dunia?
6. Apakah yang paling tajam di dunia?




Pada suatu hari Imam Ghazali berkumpul bersama-sama dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya beberapa soalan:




PERTAMA : beliau bertanya apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :"Orang tua, guru, kawan dan sahabat". Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberikan adalah benar tetapi jawapan yang paling tepat sekali bagi soalan ini ialah 'mati'. Sila rujuk surah Ali 'Imran ayat 185.




KEDUA : beliau bertanya apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :" negara China, bulan, matahari dan bintang". Lalu Imam Ghazali menegaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'masa lalu'.Walau dengan apa cara sekali pun kita tidak akan dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini dan hari mendatang dengan amalan soleh agar kita tidak sesal di kemudian hari nanti.




KETIGA : beliau bertanya tentang apakah yang paling besar di dunia ini lalu muridnya menjawab: " Gunung, bumi, matahari". Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah tepat tetapi yang paling tepat ialah 'nafsu'. Maka kita mesti berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu mengheret kita ke neraka jahanam. Rujuk surah al-A'raf ayat 179




KEEMPAT : beliau bertanya tentang apakah yang paling berat di dunia lalu muridnya menjawab :" besi, gajah". Imam Ghazali mengatakan bahawa semua jawapan adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'menanggung amanah'. Segala tumbuhan, binatang, gunung ganang tidak sanggup memikul amanah tetapi manusia sanggup memikulnya ketika Allah meminta untuk memikul amanah khalifah di bumi. Manusia ramai yang rosak dan binasa kerana tidak mampu memikul amanah dengan baik akibat kecuaian dan kedegilan mereka dalam mengikut lunas yang telah ditetapkan oleh syarak.




KELIMA : beliau menyoal tentang apakah yang paling ringan di dunia lalu muridnya menjawab :" Kapas, angin, debu dan awan". Imam Ghazali menyatakan bahawa semua jawapan yang diberi adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'meninggalkan sembahyang' kerana manusia sering mempermudah dan meringankan sembahyang disebabkan terlalu mementingkan urusan dunia.




KEENAM : beliau bertanya tentang apakah yang paling tajam di dunia lalu muridnya menjawab:''Pedang". Imam Ghazali mengatakan bahawa jawapan itu adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'lidah manusia' di mana disebabkan lidah maka manusia suka menyakiti dan melukai perasaan orang lain sehingga berlakunya perbalahan dan perpecahan.

Thursday, November 5, 2009

Kalau Bab Makan....

Hari  ni jamuan akhir tahun guru-guru dan kakitangan SMK Seri Serating kat Hotel Grand Continental. Banyak betul aku makan...

Senyum semua... Kassim sempat lagi control hensem kat belakang.



Hai, Kassim lagi...



Aku senyum dalam tension, spek hilang, pakai yang lama punya...tak selesa..



Tiga serangkai... bincang apa tu? Bergossip ke?? Heehehe...



My fren Fadhlina...

Tuesday, November 3, 2009

Hari Yang Bz!

Assalamualaikum, hari ni kebanyakan cikgu SMK Seri Serating stress je. Muka serius semacam je termasuk laaa aku. Hehehe... Bukan apa, guru-guru kat sini kebanyakkannya memang dedikasi. Masing-masing serius sebab banyak keje yang perlu disiapkan. Musim peperiksaan dah bermula. Pelajar-pelajar Form Five dah semakin tekun dengan kelas intensive masing-masing. Aku pun terlibat sama dalam program SPM ni walaupun aku tak ngajo tingkatan 5. Pelajar-pelajar tingkatan lain plak asyik cari cikgu aje, nak tanya soalan yang bakal keluar la tu. Sorry my dear students, takkan terbocor soalan tu. 

Cikgu Zunie sibuk je hari ni, sampai nak berborak pun tak sempat. Mengejar due date yang banyak sekali. Kesian dia. Masa ni jugak la kebanyakan cikgu dapat surat berkursus dan mesyuarat termasuklah aku. Masa mesyuarat semalam, pengetua dah ingatkan awal-awal tugasan guru semasa SPM berjalan dan dia akan panggil guru-guru pada tarikh yang berkenaan. Siap cakap kat aku, kalau dia call, aku kena ready datang Terengganu. Okey Boss!


Hai dok bersembang je, keje dah siap ke blom??

Namun begitu, kesibukan tak pernah halang antara kami beramah mesra. Baru suasana stress jadi lega dan masing-masing dapat bernafas dengan tenang. Aku baru je balik ni, ermm macam orang keje pejabat jugak. Teringat dulu ada sorang mamat ni, aku jumpa dia dalam bas. Mamat ni pernah cakap kat aku, "Seronok jadi cikgu ye, balik keje awal, banyak cuti"... Kat mana dia sekarang ni ye??


Monday, November 2, 2009

Kenangan di Kemaman



















Kawasan pelabuhan di mana kapal-kapal digunakan untuk memunggah barang bekalan


Pelajar sedang mendengar taklimat dari kakitangan TATiUC


Pegawai komunikasi di KBS selesai memberikan taklimat kepada para pelajar

Sunday, November 1, 2009

A Trip to Kemaman...

Assalamualaikum, ya Allah penat betul hari ni. Aku baru je balik maghrib jap tadi selepas satu hari suntuk round Kemaman. Today, aku and my geng, beberapa orang cikgu Form 3 telah buat satu trip ke Kemaman. Ni lagi satu projek selepas PMR yang kitorang rancang, Alhamdulillah, dengan izinNya dapat gak pergi. Kami bertolak dalam pukul 9 dari SMK Seri Serating, naik bas Penjara Marang, bukan bas banduan ye. Bas untuk pegawai penjara. Biasa la kalau dah isteri bos penjara tu ngajo kat sekolah aku plus ramai anak-anak pegawai penjara belajar situ, so mudahlah kami pinjam bas untuk ke mana-mana.

Lawatan kami yang pertama ialah ke TATi University College kat Teluk Kalong, Kemaman. Kami disambut mesra oleh oleh warga TATiUC dan dibawa melawat ke bengkel-bengkel pelajar engineering. Ternganga jugak ler budak-budak tengok mesin yang besar macam gajah. Hehehe...Selepas tu kami dijamu makan tengahari, nasi minyak. Terima kasih banyak-banyak warga TATiUC. Gambar nanti upload kemudian. Malas nak gi ambik kamera. Tak larat weii...

Lepas tu kami ke Kemaman Supply Based, kami di beri penerangan oleh pegawai perhubungan di sana. Lega dapat tengok slide show dalam air-con. Cuaca tengahari tadi agak panas. Huda, my friend dah mula sakit kepala. Kesian dia. Tapi Cikgu Hamdan memang bersemangat betul nak tengok kawasan pelabuhan. Yang bestnya masa nak balik kami dibekalkan dengan nasi ayam. Save budget makan lagi. Baik hati betul orang-orang kat Kemaman ni.


Ni la kawasan pelabuhan kat Kemaman Supply Based.
Ambik kat website diorang.

Masa nak balik Cikgu Hamdan yang bersemangat tu ajak pergi Zoo Mini pulak. Aku and other friends setuju je la. Sebab dia bersungguh nak tengok monyet kat zoo tu. Best friend dia kot. Hehehe...Kami round satu zoo sampai aku rasa turun ler 1-2 kilo berat badan ni. Budak-budak excited je dapat tengok beruang dengan memerang. Satu lagi dibantainya ramai-ramai melompat di jambatan gantung kat zoo tu. Kecut perut cikgu, sakit tekak dok menegah. Bukan apa teringat peristiwa heboh satu Malaysia, jambatan gantung yang runtuh baru-baru ni. Setelah penat pusing zoo, kami pun bertolak balik tapi sempat lagi singgah makan nasi ayam dekat pantai.