Kawan-Kawan

Wednesday, December 30, 2009

Azam Tahun 2010...

Assalamualaikum...
Susah betul nak online kat umah sewa aku ni. Line broadband ni memang menyedihkan. Tension betul kena tunggu depan laptop ni. Ni yang malas nak update blog ni...
Hari ni aku buat aktiviti yang keluarkan peluh...sapu laman rumah dan menyental dinding bilik air.
Penat giler, sampai melecet tangan ni. Hah! Penat-penat gini la yang membuatkan aku malas buat keje-keje macam ni. Hehehe...alasan!! Tubuh pun dah makin bulat sebab tak banyak bergerak.
Ermmm...tahun baru 2010 bakal menjelma. Aku memang nekad nak kuruskan badan. Bukan sebab nak cantik aje...nak sihat sekali. Takut plak bila dengar ader kawan-kawan yang kena darah tinggi dan kencing manis. Padahal umur tak sampai lagik 30 tahun pun.
Kakak aku sibuk suruh beli mesin senaman...hehehe. Yelaa, kalau nak jogging kat tempat aku ni segan sikit. Apa plak orang kampung cakap. Tercungap-cungap sorang-sorang berlari...malu gak aku. Tu yang kakak aku cakap beli mesin tu. Dia cakap jangan kedekut pitih kalau nak kurus. Dia sarankan jangan percaya sangat kat jus-jus, ubat-ubat kurus badan yang melambak-lambak kat pasaran. Yang penting bersenam and jaga makan. Betul jugak kata dia tu. Hai...nak kurus punya pasal....

Monday, December 28, 2009

Nicholas Sparks!!

Assalamualaikum...
Sekarang ni orang dok heboh pasal Twilight Saga...Ader kawan aku tu macam demam malaria je kalau tengok gambar Robert Pattinson...kakakaka!!! Aku takdelaaa demam sangat kat citer tu...Tapi seronok jugaklaaa baca si Stephanie Meyers merapu pasal vampire dengan werewolf...
Tapi tiba-tiba aku rasa macam demam pulak kat dia ni...

Nicholas Sparks

Memang la rupa dia typical mat salleh, biasa je tak la ensem mana pong, alaaa pedulikan rupernyer. Yang penting buku dia memang best plus jiwang. Lantaklaaa kalau ada kata aku ni minah jiwang...Yang penting baca buku dia memang syok!! Ermm...ade satu filem yang diadaptasi dari novel dia "A Walk To Remember", yang ditayang sikit masa dulu, memang best citer tu. Aku memang nangis la tengok filem tu, habis satu kotak tissue...huhuhu....
A-Walk-to-Remember-Poster-C10126471.jpg image by sarahpitre
Pastu ader lagik satu "The Notebook", koya jugak bacer....Filem dia jiwang jugak laa. Tapi takdelaaa sampai nangis abis satu kotak tissue...Dan bakal muncul satu lagik filem dari novel dia
"Dear John"...
Tak baca lagik...tapi macam best jerr....nak beli! nak beli! =)

Baru je balik dari meeting tengahari tadi...Balik terus tido....tiba-tiba ader la plak orang bagi salam. Rupa-rupanya nak bagi bubur asyura... Lupa lak...semalam dah 10 Muharam... Hai tahun baru hijriah dah menjelma...azam tahun dulu rasa-rasanya dah tertunai ke blom???

Sunday, December 27, 2009

Already Gone...




***Lagu ni aku tujukan khas buat seseorang yang pernah ku gelar sahabat...
Sejuta kemaafan aku pohonkan buat mu sahabat kerana setelah lamanya persahabatan kita selama hampir sepuluh tahun, aku terpaksa mengucapkan selamat tinggal buatmu. 
Bukan bermakna aku membenci atau tidak menghargai ikatan persahabatan kita. Tapi percayalah ini adalah jalan yang terbaik. Segala suka duka yang kita lalui, pahit manis yang mendewasakan kita dan kerinduan yang saling tidak bertepi yang kita rasa akan aku hargai. Aku pun harap kamu juga begitu, sahabatku. Sesungguhnya dunia kita berdua kini terlalu berbeza.... 
Mungkin kamu tidak mengerti dan menyalahkan aku tapi aku tetap dengan keputusan aku. Maafkan aku dan lupakan aku andai aku terus menerus mengabaikan panggilan telefon dan pesanan SMS dari kamu. Aku menangis di atas keputusan ini tapi ini adalah jalan yang terbaik buatku...


Mak aii bahasa aku...agak-agak kalau amik periksa subjek BM mau dapat A!!

Friday, December 25, 2009

Tak Buat Apa Pun...

Assalamualaikum...
Dah berzaman aku tak bukak blog ni. Nak kata sibuk sangat takdela...tapi memang tak bersemangat pulak dalam seminggu dua ni. Minggu lepas aku pergi bercuti ke Melaka dan Kuala Lumpur. Bawak kakak aku dan anak-anaknya berjalan. Jadi drebar diorang...hehehe...tapi ok jugak coz semua perbelanjaan ditanggung beres!


Ini gambar masa kitorang kat muzium istana kesultanan Melaka...kat belakang tu Balai Rong Seri...
Memang aku kagum ler coz besor betul istana tu, dan dikatakan istana tu replika je sebab yang asal dah terbakar...istana yang sebenar lebih besar dari replika ni...ermmm...masa kitorang dok round istana tu, kakak aku berangan kalau rumah dia besar macam tu jugak. Macamlaa rumah dia sekarang ni kecik...nak sapu lantai pun dah sakit pinggang...mau satu hari baru siap. Hehehe...gurau jek!
Yang tak beresnyer, bumper kereta aku tercalar masa nak isi minyak kat Genting Sempah...Memang jelas ketara calar tu...sedih tul...habis kereta baru ku... :-(

Semalam aku baru je sampai dari kampung...penat pun tak hilang lagi tiba-tiba sedih pulak lihat keputusan PMR sekolah yang agak menyedihkan bagi subjek aku ajar. Huhuhu...ramai gak yang pujuk tapi ye laaa....tetap sedih gak...uhuk! Jadi hari ni aku lepaskan tension aku dengan...
.
.
.
.
.
.
dengan duduk kat rumah jek...hehehe...memang tension tul. Tapi semua itu pasti ada hikmahnya. Disebabkan bosan kejap tadi aku keluar ke Kuala Terengganu...mak oiii ramai betul orang kat Mydin dan Giant. Aku ingat bolehlah tumpang beli barang dapor tapi memandangkan keadaan yang sesak dan parking pun penuh...aku pegilaaa beli restoran makanan segera...sebab dah lapor...
.
.
.
.
.
.
Huhuhu....tension tak ilang lagik...

Tuesday, December 8, 2009

Tunjuk Skill Memasak...huhuhu

Salam...
Hari ni agak panas sikit. Ermm...tak tahu nak buat apa. Kakak aku mogok hari ni, katanya tak nak buat apa-apa, dia nak baca surat khabar plus lepak-lepak je. So aku kena la masak. Memang dia jeles dengan adik dia yang pakar memasak ni. Menu hari ni fried noodles, aku buat 2 jenis. Satu yang pedas dan satu lagi yang tak pedas langsung. Yang tak pedas tu special untuk mak aku yang baru keluar wad. Biar mak berselera makan sikit hari ni. Kesian dia sebab selalu takde selera nak makan...Aku letakkan ayam, udang dan sotong. Fuhh!! Terangkat ayah aku makan. Syok je aku tengok. Tapi ader satu komen....(ni yang tak suka ni!!)
.
.
.
.
.
.
.
Diorang kata yang pedas tu.....
Memang pedas giler...hehehe!!!
Tu laaa sapa suruh aku masak... =)

Monday, December 7, 2009

Tido Lagi...

Salam...
Alhamdulillah pagi ni mak dah boleh keluar dari wad. Lepas ambik dia dalam pukul 9 aku lepak-lepak kat rumah. Kakak aku yang kedua balik dengan anak-anaknya, riuh laaa rumah sekejap. Dalam tak sedar, aku terlelap. Sebab takde keje yang nak dibuat plus dengan perasaan malas yang bertimpa-timpa kat tubuh badan ni. Kakak-kakakku bertungkus lumus memasak nasi kerabu kat dapur...hehehe...teruk betul adik dia ni. Bangun jek aku bantai makan nasi kerabu tu dengan tahap kelaparan yang tinggi...
.
.
.
.
.
.
.
Makan je aku ni...hai makin comel la tak lama lagik!
(",) hehehe...
Ok laa bagi mengelakkan bertambahnya berat badan,
aku akan bersenam, bermula dengan hari ini....


(boley caya ke?)*hik...*

Sunday, December 6, 2009

Ermm...

Assalamualaikum...hari ni penat sikit sebab temankan mak kat hospital. Kebelakangan ni mak tak berapa sihat dan demam. Sebab tubuhnya agak lemah, doktor mintak mak dimasukkan dalam wad untuk pemerhatian. Alhamdulillah... nampaknya mak dah semakin pulih dan berselera makan hari ini. Kami sekeluarga begitu lega dengan perkembangan positif yang ditunjukkan oleh mak. Cuma doktor nasihatkan supaya banyak minum susu dan makan makanan yang berkhasiat.

Bila balik kakak aku dapat mesej dari adik di Kuala Lumpur. Adik aku tanya betul ke KB Mall runtuh. Entah mana laa dia dapat berita yang menggemparkan tu. Aku pun buka la Facebook, mana tau kawan-kawan dah sedia tahu dan maklum kejadian tu. Alahai...bukan runtuh la, tapi kereta yang parking tingkat paling atas telah menjunam jatuh ke dalam Mall tu. Kejadian berlaku dalam pukul 5 petang. Berita mengatakan ada yang terbunuh...Tak sangka juga laa kejadian macam tu boleh berlaku. Tapi kalau Allah mengkehendaki...tak mustahil semua tu. Kat sini aku tenyehkan gambar menyayat hati di Kay Bee mall yang aku ambik kat Facebook....











Saturday, December 5, 2009

Boringnyer...

Assalamualaikum...
Dalam sehari dua ni aku tak buat apa-apa yang menarik pon kat rumah atau kat luar. Hanya menambah berat badan dengan aktiviti tidur, bangun, lepas tu tidur, lepas tu bangun balik. Tubuh dah jadi macam tong dram. Tak ada apa-apa aktiviti yang menjana minda sampai fikiran pun kelabu. Hahaha...


Masalah jugak kalau cuti berlebihan ni...nak buat apa ye?
Think...think...

Ermmm...kakak aku ajak pergi jalan-jalan. Mula-mula aku tekejut jugak, alahai musim tengkujuh ni nak pergi berjalan...Kakak aku cakap sehari dua ni nampak macam ok je cuaca. Dia suggested pergi Melaka. Amboi! aku ingat nak round-round Kota Bharu je. Dia cakap nak sponsor segala-galanya kecuali penginapan. Aku kata tengok dulu la, bukan apa sebab dok memikirkan budget yang tak berapa cukup...gaji bulan 12 lambat lagi. Huhuhu...


Tuesday, December 1, 2009

Where Rainbows End

Assalamualaikum, semalam dan hari ni, hujan terus membasahi bumi Kelantan. Pagi-pagi lagi aku dah bangun dari tido dan bersiap-siap nak keluar. Kononnya nak pergi bank awal-awal untuk settlekan payment kereta, sewa rumah kat Terengganu dan bermacam bil lagi. Lepas mandi, tiba-tiba datang pulak rasa mengantuk. Disebabkan aku berada kat rumah kakak aku kat Bachok yang sunyi sepi...aku bantai tido balik. Dalam pukul 10 pagi aku bangun, lepas breakfast (abang ipar yang beli sebab dia tau adik ipar and isteri dia malas nak masak...huhuhuhu...) aku terus bersiap keluar ke Kota Bharu. Lepas selesai segala urusan aku ke kedai buku peberet ku...Popular kat KB Mall. Dapat la beli buku yang diidamkan. Maklum la dah jadi peminat Cecilia Ahern...


 First edition cover
Ni la buku tu...tak habis baca lagik...tak sabar rasanya nak tahu kesudahan.

Aku baru je baca sampai chapter 5. Jalan cerita dia best...sebab plot dia perlu dihayati dalam bentuk mesej, surat, e-mail...tapi kalau orang yang tak suka penceritaan macam tu mungkin agak membosankan bagi mereka. Tapi aku suka...mula-mula bukak kat chapter 1 aku dah gelak sorang-sorang. Nasib baik baca kat dalam bilik...kalau kat public mesti orang ingat aku tak betul. Aku akan cerita pasal buku ni lain kali...

Ok sambung cerita, lepas beli buku aku mulalah menjelajah ke Pacific untuk menambah hutang kad plastik aku. Maklumlaaa selepas bayar segala bil, cash dalam purse tinggal ciput je. Malas nak pergi bank pulak. Jadi terpaksa la guna kad hutang. Hutang dulu belum bayar lagi dah nak tambah hutang baru. Aku mula laa capai segala benda yang aku suka. Tapi masih boleh tahan nafsu shopping ni...sebab teringat hutang...hutang...hutang... Aku suka shopping dan window shopping ni, sorang-sorang pun jadi, tapi masih berpada-pada, tak la sampai jadi satu ketagihan. Satu lagi, aku suka window shopping atau shopping sorang-sorang sebab macam satu terapi pulak rasanya. Terutama jika aku tension, banyak kerja atau sakit hati dengan seseorang. Rasa macam shopping mall tu aku yang punya! Hehehe...