Kawan-Kawan

Powered By Blogger

Saturday, October 31, 2009

Asam Pedas...Umphh!!

Assalamualaikum, aku ni memang suka kalau bab masak memasak ni. Walaupun aku dalam kategori yang tak pandai masak tapi aku cukup minat baca resepi orang...hehehe. Baca ajela. Tapi jarang test kat rumah. Satu sebab, tak cukup masa lapang dan sebab paling 'cool', malas...Oppss! Aku baru je surf tadi kat segmen resepi di Resepi.ILuvislam.com. Nama masakan tu Asam Pedas Selatan Special. Rasa nak try je walaupun aku tak makan sangat asam pedas ni tapi ayahanda kat kampung memang minat betul. InsyaAllah balik nanti anakanda buat ye...


Bahan-bahan :
1 ekor ikan terubuk
1 biji tomato
3 biji terung bulat
15 biji cili kering
1 inci kunyit hidup
1 camb minyak untuk menumis
1 labu bawang besar
3 ulas bawang merah
garam, gula dan serbuk perasa(jika suka)
daun kesum (bahagi 2 bahagian)

Cara-cara memasaknya:
1.Mesin cili kering, bawang besar, kunyit, tomato, daun kesum.
2.Panaskan minyak, tumis bawang merah sampai kuning.
3.Masukkan semua bahan yang di mesin tadi, biarkan mendidih selama 5 minit. 4.Masukkan ikan terubuk yang sudah di bersih dan dipotong. masukkan pula terung bulat yang dipotong, biarkan mendidih beberapa ketika. masukkan garam, gula, dan serbuk perasa (jika suka) biarkan mendidih, masukkan daun kesum. biarkan mendidih dan bangkit baunya. hidang kan dalam pinggan bujur.

Salju Sakinah...ermm best!

Assalamualaikum...

***Kali ni aku nak bercerita tentang novel kegemaran aku, Salju Sakinah. Best ceritanya. Sarat dengan elemen-elemen dakwah dan kerohanian. Walaupun ada selitan "bunga-bunga" cinta tetapi pengarangnya, Zaid Akhtar amat bijak mengadun unsur-unsur cinta dengan elemen dakwah. Jadi baca novel ni bukan untuk bacaan semata-mata. Ambil pengajaran tentang persoalan keagamaan yang dititipkan dalam ceritanya. Ini ada aku letakkan sinopsis novel ni...



Sumayyah ialah watak utama dalam novel ini. Dia seorang gadis yang dipandang tinggi di kalangan sahabat-sahabatnya dan petah berbicara,  bijak berforum. Kepulangan ke Malaysia adalah saat yang paling dinanti-nantinya, namun dia terkilan kerana tak dapat menatap wajah ayahnya yg pergi menyahut seruan Ilahi. Di samping berusaha meneruskan perniagaan kerepek arwah ayahnya, dia juga membuat membantu dalam usaha menebarkan dakwah di kampung. Namun, manusia tidak dapat lari dari ujian termasuklah Sumayyah. Sebagai gadis muda yang belum berumahtangga, Sumayyah tidak dapat menepis api fitnah dari tetangga. Ini sedikit sebanyak memberikan kesan kepada perusahaan kerepek yang diwarisi dari arwah ayahnya. Disebalik semua dugaan itu, ramai lagi yang memandang tinggi dan percaya pada kejujurannya. Sumayyah tetap bersabar menghadapi karenah manusia yang kadang kala membingungkan. Tambah hebat lagi apabila kak long dan abang iparnya terlibat dengan ajaran sesat Tok Ayah. Kak ngahnya pula menangisi permergian tunang tersayang ke rahmatullah. Ujian datang bertimpa lagi apabila mendapat tahu dia gagal dalam peperiksaan dan terpaksa mengulang semester di universiti. Dia malu kerana selama ini dipandang tinggi oleh kawan-kawannya. Dengan sedikit ketabahan dia terbang ke Jordan demi menebus kegagalan. Di sanalah cintanya yang menanti berbunga kembali...bersama Naufal, Sumayyah bahagia dalam ijab kabul yang menyatukan mereka...









Friday, October 30, 2009

Panggilan Haji



Assalamualaikum, ramai juga kawan-kawan yang akan menunaikan haji. Semoga kawan-kawan dan semua umat Islam yang menunaikan haji tahun ini mendapat haji mabrur dan segala urusan di tanah suci berjalan dengan lancar dengan izin Allah S.W.T. Aku tak tahulah bila dapat pergi, namun dalam hati selalu berdoa semoga dapat menunaikannya.

Halloween 31st Oct... in Islamic Perspective


Kawan-kawan, esok dikatakan hari Halloween.. kat Malaysia dah menular sambutannya dikalangan orang-orang Islam. Ini peringatan untuk sesama Muslim tentang Halloween dari sudut pandangan Islam...

Do Muslims celebrate Halloween? How is Halloween perceived in Islam? To make an informed decision, we need to understand the history and traditions of this festival. Halloween originated as the Eve of Samhain, a celebration marking the beginning of winter and the first day of the New Year among ancient pagans of the British Isles. On this occasion, it was believed that supernatural forces gathered together, that the barriers between the supernatural and human worlds were broken. They believed that spirits from other worlds (such as the souls of the dead) were able to visit earth during this time and roam about. At this time, they celebrated a joint festival for the sun god and the lord of the dead. The sun was thanked for the harvest and given moral support for the upcoming "battle" with winter. In ancient times, the pagans made sacrifices of animals and crops in order to please the gods. They also believed that on October 31st, the lord of the dead gathered all the souls of the people who had died that year. The souls upon death would dwell in the body of an animal, then on this day the lord would announce what form they were to take for the next year.




Halloween Customs and Traditions

  • "Trick or Treating": It is widely believed that during the Feast of All Saints, peasants went from house to house asking for money to buy food for the upcoming feast. Additionally, people dressed in costumes would often play tricks on their neighbors. Blame for the resulting chaos was placed on the "spirits and goblins."
  • Images of bats, black cats, etc.: These animals were believed to communicate with the spirits of the dead. Black cats especially were believed to house the souls of witches.
  • Games such as bobbing for apples: The ancient pagans used divination techniques to foresee the future. There were various methods of doing this, and many have continued through traditional games, often played at children's parties.
  • Jack-O'-Lantern: The Irish brought the Jack-O'-Lantern to America. The tradition is based on a legend about a stingy, drunken man named Jack. Jack played a trick on the devil, then made the devil promise not to take his soul. The devil, upset, promised to leave Jack alone. When Jack died, he was turned away from Heaven because he was a stingy, mean drunk. Desperate for a resting place, he went to the devil but the devil also turned him away. Stuck on earth on a dark night, Jack was lost. The devil tossed him a lighted coal from the fire of Hell, which Jack placed inside a turnip as a lamp to light his way. Since that day, he has traveled the world over with his Jack-O'-Lantern in search of a resting place. Irish children carved out turnips and potatoes to light the night on Halloween. When the Irish came to America in great numbers in the 1840's, they found that a pumpkin made an even better lantern, and this "American tradition" came to be.

Islamic Teachings

Virtually all Halloween traditions are based either in ancient pagan culture, or in Christianity. From an Islamic point of view, they all are forms of idolatry (shirk). As Muslims, our celebrations should be ones that honor and uphold our faith and beliefs. How can we worship only Allah, the Creator, if we participate in activities that are based in pagan rituals, divination, and the spirit world? Many people participate in these celebrations without even understanding the history and the pagan connections, just because their friends are doing it, their parents did it ("it's a tradition!"), and because "it's fun!"
So what can we do, when our children see others dressed up, eating candy, and going to parties? While it may be tempting to join in, we must be careful to preserve our own traditions and not allow our children to be corrupted by this seemingly "innocent" fun. When tempted, remember the pagan origins of these traditions, and ask Allah to give you strength. Save the celebration, the fun and games, for our 'Eid festivals. Children can still have their fun, and most importantly, should learn that we only acknowledge holidays that have a religious significance to us as Muslims. Holidays are not just excuses to binge and be reckless. In Islam, our holidays retain their religious importance, while allowing proper time for rejoicing, fun and games.

Guidance From the Quran

On this point, the Quran says:
"When it is said unto them, 'Come to what Allah has revealed, come to the Messenger,' they say, 'Enough for us are the ways we found our fathers following.' What! Even though their fathers were void of knowledge and guidance?" (Qur'an 5:104)
"Has not the time arrived for the believers, that their hearts in all humility should engage in the remembrance of Allah and of the Truth which has been revealed to them? That they should not become like those to whom was given the Book aforetime, but long ages passed over them and their hearts grew hard? For many among them are rebellious transgressors." (Qur'an 57:16)





Sunday, October 25, 2009

Makan Rojak Kuah Ikan



Hari ni kawan-kawan sepakat adakan jamuan kecil-kecilan. Menunya rojak Terengganu, Laksa Johor dan bubur jagung. Keropok ada jugak, biasa la kat Terengganu. Tak boleh lepas dengan keropok. Rojak Terengganu memang unik dan special sebab gunakan kuah ikan. Berbeza dengan rojak tempat lain yang gunakan kuah kacang. Tapi disebabkan aku alah dengan bau ikan yang menusuk hidung, aku makan Laksa Johor dengan bubur saja. Sedap!!

Saturday, October 24, 2009

Indahnya Pantai Kelulut


Hari ni cuti, aku rehat kat rumah saja. Tapi esok kawan-kawan nak adakan pot luck. Menu utama rojak. Aku volunteered untuk beli nenas, so bergegas lah aku ke Marang. Tension jugak sebab sepanjang perjalanan tak ada pun orang jual nenas. Bila dah sampai ke pasar, tanpa tengok kiri kanan aku terus beli nenas dekat gerai pertama yang aku nampak. Bila masuk dalam kereta, aku tengok nenas tu macam tak masak lagi. Aduhh!! Hentam sajalaaa labu...Aku bab-bab beli buah ni lemah sikit. Sebab jarang ke pasar.

On the way balik rumah melalui Pantai Kelulut, aku toleh ke arah laut. Buat pertama kalinya aku baru perasan betapa cantiknya Pantai Kelulut, menghadap Pulau Kapas yang terasa begitu dekat di pandangan mata. Dekat beratus kali dah aku lalu jalan ni, aku tak endah pun pemandangan cantik pantai tu. What an unobservant person I am. Pantai ni memang indah tapi tak boleh lah nak mandi manda sebab kawasan pesisir airnya bahaya. Menurut kawan aku banyak kawasan pasir jerlus. Tapi aku tak pasti betul ke tidak. Tapi memang Pihak Majlis Daerah Marang letakkan notis Dilarang Mandi. Nanti nak ajak member la makan sotong goreng celup tepung kat Pantai Kelulut!

Thursday, October 22, 2009

Fast and Furious??

Hari ni kat sekolah, dengan rela hatinya aku buat pertandingan Public Speaking dan Poem Recital. Pertandingan ini adalah untuk pelajar lepasan PMR dan memandangkan aku adalah penyelaras tingkatan 3 merangkap 'teacher' budak-budak ni, aku terpaksa melibatkan diri mengurus pertandingan yang tidak seberapa ini. Yang penting arahan pihak pengurusan telah dijalankan dengan penuh tanggungjawab.


Masing-masing malu cikgu ambil gambar.. :)

Selepas itu, kami habiskan masa yang selebihnya dengan menonton Fast and Furious.
Bimbang jugak kalau ada adegan-adegan yang 18**.
Tapi ok je, clean..sampai laaa ke satu adegan seksi, aku off terus. Tukar pada cerita baru.. Syurga Cinta. Budak-budak pun malu tengok.

Wednesday, October 21, 2009

My First Time


Assalamualaikum,
Dipanjatkan syukur kepada Allah S.W.T. kerana akhirnya niat untuk membuka satu blog akhirnya tercapai juga. Itu pun setelah bersusah payah dan asyik mengacau sahabatku yang begitu sabar melayani pertanyaanku yang kebanyakannya agak merapu. Hehehe...

Hari ni disebabkan masih lagi baru. Tak tau nak cerita pasal apa. Orang putih kata still new leaf, aku just nak letak gambar anak-anak muridku yang tersayang. Gambar ni aku ambil semalam semasa pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat SMK Seri Serating.