Kawan-Kawan

Powered By Blogger

Tuesday, September 14, 2010

Raya Ohh Raya

Assalamualaikum...

Kalau orang lain dah lama buat entry pasal raya...aku baru terhegeh hegeh nak post citer raya aku...hehehe...
Memang happening raya tahun ni, banyak juga laa kejadian yang diingini dan tidak diingini berlaku.
First raya memang seronok, dapat pergi semayang raya, tapi kena tinggal ngan abang ipar...so terpaksalah aku membonceng moto ngan adik bongsu ku...mak oiii gayat betol, maklumlaaa dah berzaman aku tak naik motor...Lepas tu sibuk menyediakan hidangan raya utk tetamu buatan aku sendiri iaitu Soto...fuhhh!!! mendapat pujian ramai sebab first time buat pon sedappp!! (angkat bakul sendiri ok!) =)


Ini je laa gambar raya yang sempat dimasukkan =)
Bersama anak buah..Abdullah Wafi...

Raya kedua, terjadi laa kejadian yang amat mengaharukan aku tapi gembira bangat ada jugak...kawan sekolah yang dah bertahun2 tahun tak jumpa datang bersama keluarga...seronok giler...terima kasih pada kawan ku Norazlina Ismail yang sudi menjengah teratakku yang buruk di Machang. Tak sangka plak yang dia jugak bekerja dan menetap di Terengganu sama ngan aku. Tak jauh plak tu, dia di Jalan Panji Alam dan aku plak di Marang...kecilnya dunia.

Raya ketiga plak...kejadia kelam kabut berlaku...aku jadi tukang masak ala-ala pro...tujuan bukan lain, nak menyediakan hidangan untuk rombongan merisik adik perempuan ku yang bongsu...ganas giler aku ngan kakak sulungku memasak...macam cerita Charlie Chaplin pon ada...maklumlaa kitorang tak panggil sesapa...ala majlis merisik aje takkan beria-ia nak ngajak orang...majlis tunang or kawin lainlaaa...adik beradik aku yg lain ada gak tolong2. Terkejut beruk jugak laa aku bila tgk rombongan merisik tu kalah rombongan orang hantar pengantin...RAMAI BEBENOR!!!! Aku agak laa dalam 40 orang rasanya....adehhh apalaaa korang ni...aku letih tahap cipan malam tu...

Semalam pon ada gak peristiwa yang mengharukan...kedatangan mak saudara aku yang dah lama tak berkunjung dari Kelang...alahai...my buddy Nun pon ada gak datang beraya...aku pon berbalas laa kunjungan ke rumah dia, pastu kami sama2 berbondong ke rumah kakak aku di Bachok...perut aku plak dah masuk angin, sakit kepala berdenyut-denyut....dan, tepat pukul 9 malam di depan pintu pagar rumah kakak Nun di Kuala Besut aku muntah2 macam orang mengandung 2 bulan...kekekekeke!!! Spoil betul...sampai je rumah dalam kul 10.30 malam (amboiiii beraya sakan aku sampai malam2 buta)...aku tido tak sedar2 sampai ke pagi...dasattt!!!

Selamat Hari Raya semua, Maaf Zahir & Batin dari ku... (^_^)

Tuesday, August 10, 2010

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan Kareem...

Assalamualaikum...



Selamat berpuasa semua...gembiranya bila datangnya lagi bulan yang mulia dan penuh keberkatan. Syukur pada Allah s.w.t kerana dapat lagi bernafas dan berpuasa di bulan mulia ni. Selamat berpuasa kepada semua blogger-blogger dan kawan-kawan. Semoga puasa kita di bulan Ramadhan ini diterima oleh Allah hendaknya. Amin....

Biasa la kalau bulan puasa tak lari dari semangat untuk membeli juadah di bazar-bazar Ramadhan yang berdekatan dengan rumah masing-masing. Apa kata tahun ni kita kurangkan sedikit tabiat tu, bukan tak boleh langsung nak membeli juadah di luar tapi alangkah elok jika kita masak hidangan sendiri. Lebih seronok dan menjimatkan. Elakkan membazir...sepatotnya bulan puasa ni kita jalankan kempen jimat berjimat bukan kempen boros berbelanja. Betul tak?

Kalau yang mampu tu apa kata ajak kawan-kawan berbuka puasa di rumah masing-masing. Memasak dan menjamu orang yang berpuasa amat digalakkan dan besar fadhilatnya. Lagilah elok jika kita melahirkan perasaan belas dan membantu fakir miskin dan jua anak-anak yatim di bulan ini...ermmm, ingatan untuk diri sendiri juga. Yelaa...kadang-kadang kalau bercakap memang best, nak buat tu yang susah, semoga Allah sentiasa betulkan niat di hati dan tunjukkan jalan yang betul selalu.....Amin =)

Sunday, August 8, 2010

Wahhh Lamanya....

Assalamualaikum...

Wahh lamanya tak hupdate blog ni...maklum laa selalu sibuk bekerja...sekarang ni duduk kat Angullia Beach House Resort di Marang, Terengganu...sambil teman kawan-kawan menjalani program Kem Elit SPM bagi tahun 2010..aku tukang sibuk jek...aku punya turn untuk Kem Elit PMR dah habis 05-07 Ogos lepas..Tempat yang sama jugak...seronok jugak bersantai di tepi pantai sesekali..sambil lihat panorama alam yang indah ciptaan Allah. Syukur dapat kesempatan yang seperti ini....entah bila lagi dapat bersantai tepian pantai macam sekarang ni...maklumlaa selalu sibuk dengan urusan kerja dan peribadi...masa tidak membatasi....Allah dah bagi masa yang sesuai cuma kadang-kadang manusia tak pandai nak guna...last-last jadi sia-sia...insaf....insaf....


Sempat lagi dia ni berposing maut kat tepi pantai...huhuhu : D




Damainya pesisir pantai waktu pagi...

Chowww dulu..... =)

Thursday, July 15, 2010

Woishhh...Penat!

Assalamualaikum...

Huhuhu...aku ngantuk...sangat-sangat mengantuk sekarang ni...Aku sekarang berada di sebuah sekolah menengah di Marang. Jadi urusetia untuk Kem PMR peringkat daerah Marang...tugas sebagai urusetia takde laa berat sangat pon...cuma memantau perjalanan kem supaya lancar dan tiada masalah. Ramai jugak yang terlibat melibatkan beberapa fasilitator dari sekolah-sekolah yang terpilih. Lepas tu...bila jadi urusetia ni, dan masalah pon takde aku jadi bosan sampai mengantuk tahap gaban! Lepak-lepak kat bilik urusetia merangkap bilik ERT..aku di goda dengan kudapan yang best-best...hai makan je laa keje aku kat sini....hehehehe....

Meja makan...hehehe

Tuesday, July 13, 2010

Pagi Yang Biasa-biasa Jew...

Assalamualaikum...

Salam ceria hari Selasa...Good morning to all!!! Ceria-ceriakan diri anda. Wah! Macam happy sakan jew aku hari ni. Memang happy plus gumbira dan sensasi suasana pagi ni. Dah siap sarapan, buat sendiri tau...aku pon tak sangka yang aku boleh bawak bekal hari ni. Malam tadi siap-siap semua so, pagi ni panaskan aje...Macam best je kan kalau bawak bekal ke tempat keje, padahal aku masak telur goreng jek...hehehe =)

Ok, sarapan dah...kejap lagi nak pergi kelas. Hari ni semangat sikit. Tapi tak tau laa dah masuk kelas nanti, kot-kot semangat bertukar jadi moody plak...hehehe...Maklumla kena tengok dulu reaksi pelajar-pelajar dulu, kalau malas moody laa cikgu nanti...

Hari ni akan berlangsung Majlis Sambutan Israk & Mikraj di dewan sekolah. Tapi sambutan akan diadakan sebelah petang. Sesuai dengan waktu Ko-Kurikulum. Jadi, kelas tak terganggu laaa pagi ni.

Owhh...aku ada satu hal yang nak mengadu kat sini (mengadu??? sapa yang sudi dengar awak Hunny oiii!!)
Huhuhu...bulan ni gaji aku macam tak berapa cukup...banyak belanja yang mencurah-curah keluar...hutang kad kredit yang tak pernah tertangguh pon jadi tertangguh pulakkk! Sedeynyerr.....huk...huk...huk...
Ada sapa-sapa yang nak sponsor??

Sunday, July 11, 2010

Kampungku....

Assalamualaikum....

Haiyakkk!!Hehehehe...dah lama tak menulis dalam blog ni. Disebabkan keuzuran laptopku bercampur dengan kemalasan dan ditambah perisa dengan banyak kerja yang perlu dibereskan kat tempat kerja. Sekarang ni aku kat kampung. Kalau kat sini rasa seronok sikit nak online sebab ada 3G. Kalau kat Marang tu alamak!...macam kura-kura lomba dengan arnab laaa...line broadband kat sana ditahap boleh tutup kedai la...

Aku kat kampung sebab sekolah memohon cuti peristiwa, selepas dengan gembira dan jayanya kami mengadakan perkhemahan unit beruniform peringkat sekolah di Taman Rekreasi Pulau Kerengga. Best jugak laaa dapat berkhemah kat situ...ada pantai...ada pokok rhu...ada macam-macam...

So, hari ni aku kena balik semula ke Marang. Lepas Asar insyaAllah aku akan bertolak. Redup sikit. Huhuhu....tak puas rasanya nak lepak-lepak kat rumahku syurgaku ni...Makan durian tak puas lagi. Bukan ada dusun pon tapi beli kat kedai je...Ehh, rasa ngantuk la pulok! Macam nak tido balik rasanya...

Bye-bye (^_^)

Thursday, June 24, 2010

Hujan....

Assalamualaikum...

Malam ni aku kat kampung...setibanya di rumah petang tadi kakak ku mesej ajak pergi rumah dia makan ketam besar...jadi berbondong-bondong laaa isi rumah pergi tinggal aku sorang-sorang. Malas rasanya nak naik kereta nak ke Bachok. Dah laa aku dah drive dari Marang ke kampung...mak oii mau tercabut kaki rasanya...dalam kepala ingat nak baring jek...

So, keputusan aku untuk lepak sorang-sorang kat rumah sampai pagi esok tercapai juga. Isi rumah akan balik esok...Mak aiii boring laa plak kalau dok sorang-sorang macam ni...Macam-macam benda aku dah buat...sampai tak tido plak jadinya...hehehe =)

Tiba-tiba tadi hujan bukan main lebat. Dalam hati aku berdoa jangan laaa Ya Allah takde elektrik..aku bimbang jugak sebab kilat dan guruh bersilih ganti. Alhamdulillah...syukur...hujan dah semakin reda. Malam menjadi semakin dingin...Best kalau tido ni....

Dalam sehari dua ni aku tensi sebenarnya (hai tensi aje awak ni Hunny)...
Bukan aku nak ngada2 tensi tapi dah orang tensi kat aku...aku tensi laa balik kat dia...
Nasihat aku kepada orang tu...sudah2 lah nak cari pasal dengan aku yer...Thanks a lot sebab remove aku jadi fren dot dot dot kamoo...jadi dengan happy nama dot dot dot kamoo dah aku block pon kat account Facebook aku...jadi tak payah laa nak ngada2 buat dummy account FB plak...lepas tu dengan selambanya nak add aku jadi fren kamoo...so aku block jugak account tu...apa kess nak layan orang macam kamoo??

Wednesday, June 23, 2010

Luah Perasaan...

Assalamualaikum...

Nak luah perasaan...
Menyampah...
Menyampah...
Menyampah...
-
-
-
-
-
-
-
Menyampah...

Monday, June 14, 2010

Rindu Berkunjung...

Assalamualaikum kawan-kawan semua...

Rindunya..dah lama tak bukak dan update blog...sibuk dengan kehidupan seharian...hehehe...
Mesti ramai yang menghabiskan masa dengan keluarga cuti sekolah ni...best kan??
Sudah mencecah seminggu lebih menghabiskan cuti sekolah...kerja yang perlu dilaksanakan masa cuti ni macam terbengkalai je sebab seronok bercuti...hehehe =)

Baru semalam je aku balik dari raub melawat kawan lama zaman belajar dulu. Seronok betul bersua muka dan bertanya khabar. Kami menghabiskan waktu bersama dengan aktiviti wajib iaitu makan-makan. Thanks a lot pada Miss Zairin dan juga keluarganya kerana sudi menerima tetamu yang tak seberapa ni...Happy sangat sebab dapat pergi berkelah di Lata Jarum di Ulu Dong. Air kat situ sejuk betul sampai naik biru tangan kaki aku...hehehe...apa lagi dah jumpa air, aku berendam puas-puas...tak malu sebab takde orang sangat kat situ...
Balik je dari Raub aku demam sesema...huhuhu...penangan mandi air jeram yang sejuk tahap gaban!

Sunday, June 6, 2010

Musim Yang Tiba Lagi...

Assalamualaikum...
Selamat bercuti kepada semua pelajar-pelajar sekolah dan juga cikgu-cikgu walaupon ramai yang bertugas seperti biasa. Aku jek yang cuti panjang. Kawan-kawan jeles je sebab kena ngajar jugak time cuti...sabarlaahh...semuanya demi tugas kan?? Dalam cuti ni ada jugak yang perlu dibuat, banyak kertas peperiksaan pertengahan tahun yang perlu ditanda...Sambil menyelam minum air laa jawabnya...

Musim cuti tiba sekali dengan musim orang Malaysia kawin. Ada jugak yang buat kenduri aqiqah, nak melanjutkan pelajaran dan naik rumah baru..pendek kata masa cuti sekolah ni laa pulun buat keje besar...melihat kenduri sana-sini...rasa meriah sungguh suasana. Hari ni depan rumah aku pon kenduri jugak..jadi tak laku laa nasik dan lauk yang aku masak untuk family sebab semua nak makan nasi kat kenduri...takpe laa, biar aku habiskan semua...hehehe!  =)


Ni pon masa pergi kenduri rumah mertua adik kat Tanah Merah...sempat amik gambo lagi..hehehe.

Wednesday, May 19, 2010

Jujurlah Pada Diri Sendiri...

Assalamualaikum...
Hari ni jadual di sekolah agak padat. Alhamdulillah, cuaca yang sedikit redup melegakan perasaan. Semangat untuk mengajar sedikit bertambah walaupon ada jugak yang nakal dan malas membuat kerja sekolah...hati 'cikgu' hari ni cool je...malas nak marah-marah...bagi 'cubit-cubit sayang' je kat anak-anak didik....

Nak cerita pasal kejujuran hari ni...ramai yang mahu orang jujur pada mereka. Ramai dari kita benci orang yang hipokrit. Lagi menyampah kalau orang tu adalah orang yang rapat dengan kita...Tapi berapa ramai yang menilai kejujuran dalam hati masing-masing.. Bukan main pilih bulu, tak mahu berkawan dengan orang yang menipu rakan, tidak ikhlas dan jujur...tapi sudahkah diri sendiri dicermin...sejauh mana kamoo jujur pada diri sendiri dan orang disekitar kamu..???? Kalau kamoo pon suka bercakap berbelit-belit, kelentong sana sini tak payah laa bermegah-megah memilih kawan...bosan aku melihat perangai manusia macam ni....

Semoga Allah melindungi diri ku, kaum keluarga,saudara2 ku dan sahabat handaiku dari sifat hipokrit...Amin...

Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru...

Assalamualaikum...
Pertamanya ingin aku ucapkan Selamat Hari Guru buat semua guru di seluruh dunia terutama guruku yang pertama, kedua orang tuaku...jasamu dalam mendidik dan mengajar diri ini tanpa jemu amat bermakna.Pengorbanan ayah bonda dalam mendidik ku dalam mengenal erti kehidupan tidak dapat kubalas dengan apa yang ada di dunia ini...Terima kasih...

Keduanya aku ingin ucapkan Selamat Hari Guru buat bekas-bekas guruku di sekolah rendah (SRK Hamzah) dan menengah (SM Hamzah) yang sudi mengajarku mengenal huruf dan menilai mana yang baik dan buruk...Juga kepada bekas-bekas pensyarahku yang bijaksana dalam menjalankan tugas...Tak dapat aku nyatakan nama kalian semua kerana terlalu ramai namun kutitipkan doa agar guru-guruku ini akan sentiasa diberkati hidupnya oleh Allah S.W.T. Jasa kalian amat besar, hanya Allah yang mampu membalasnya....

Ketiganya aku ingin ucapkan Selamat Hari Guru buat semua rakan-rakan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam bidang Keguruan ni...marilah kita bersama-sama berganding bahu mencurahkan bakti pada anak-anak yang dahagakan ilmu. Kasihi lah anak-anak didik kita kerana sesungguhnya itulah yang dituntut dalam agama. Jangan ada pilih kasih, jangan ada perasaan dendam dan benci, jangan ada rasa sesal dalam menjalankan tugas...Tugas guru adalah amanah dari Allah kepada kita...alangkah bertuahnya kita, dikalangan manusia kita dipilih menjadi guru oleh Allah S.W.T...pekerjaan yang paling mulia di dunia....

Sambutan Hari Guru di SMK Seri Serating berlangsung dalam suasana yang meriah namun sederhana...Seronok rasanya kerana dapat meraikan bersama rakan-rakan dalam suasana muhibah dan harmoni...Merapatkan silaturrahim sesama rakan sekerja...Rasa seronok bertambah bila dapat tengok persembahan dikir barat dari pelajar2 SMK Seri Serating. Terpegun dengar nyanyian Cikgu Nuar dan Cikgu Kassim, dua guru lelaki paling handsome kat sekolah tu...Merdu sungguh suara mereka mendendangkan lagu Tobat Maksiat...Fuhh...boley cair hati gadis-gadis yang mendengarnya...hehehe...

Lagi seronok bila aku dianugerahkan "Guru Perempuan Paling Ceria" oleh pelajar-pelajar ku...Yang kategori lelaki dianugerahkan pada Cikgu Kassim...tak sangka dalam garang-garang aku ni diorang boleh cakap aku ceria...Tak tahu bila diorang buat undian...Buat guru-guru diluar sana...senyumlaa selalu pada pelajar kita...jangan sempadankan diri anda dalam mendekati pelajar dan menjalankan tugas...Barulah dapat anugerah macam aku ni...hehehehe...

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA
Selamat Hari Guru (^_^)

Saturday, May 8, 2010

When I Look At You....

Everybody needs inspiration,
Everybody needs a song
A beautiful melody
When the nights so long

Cause there is no guarantee
That this life is easy...

Yea when my world is falling apart
When there's no light to break up the dark
That's when I, I...
I look at you

When the waves
Are flooding the shore and I can't
Find my way home anymore
That's when I, I...
I look at you

When I look At You I see forgiveness
I see the truth
You love me for who I am
Like the stars Hold the moon
Right there where they belong
And I Know I'm Not Alone.

Yea when my world is falling apart
When there's no light to break up the dark
That's when I, I...
I look at you

When the waves
Are flooding the shore and I can't
Find my way home anymore
That's when I, I...
I look at you

You appear just like a dream to me
Just like Kaleidoscope colors that
Cover Me, All I need every
Breath that I breathe don't you know
You're beautiful...

Yea Yea Yea

When the waves
Are flooding the shore and I can't
Find my way home anymore
That's when I, I...
I look at you
I look at you

Yea Yea Oh OH OH

And you appear Just like a dream
To me.



**Suka sangat lagu Miley Cyrus ni... (^_^)

Sunday, April 25, 2010

Capek Sekali..

Assalamualaikum...

Aduhh...panas banget...cuaca nyer hot...aku ni yang memang dah asalnya puteri lilin dah makin cair kepanasan...hehehehe...
Keje takde laa banyak tapi sebab panas..capek sekali rasanya..kapan mau sihat dan cergas ni?....
Cuaca memang panas sekarang ni...anugerah Allah semuanya...syukur...

Wednesday, April 14, 2010

Lama Tak Citer Pasal Ni...

Assalamualaikum...

Dah lama tak bercerita pasal aktiviti di SMK Seri Serating...semalam baru saja bermula latihan pertama untuk pertandingan kawad kaki antara unit-unit beruniform...sebagai salah seorang guru penasihat Kadet Bomba, secara langsung aku pon terlibat juga...Kadet Bomba merupakan pasukan yang paling ramai ahlinya kat sekolah ni...tak tau kenapa jadi macam tu...ramai minat nak jadi bomba kot...hehehe
Walaupun demam tak berapa nak kebah lagi masa ni...aku gagahkan juga bersama dengan kadet2 dan guru2 penasihat untuk memberi sokongan dan nasihat... =)

Ahli-ahli Kadet Bomba Lelaki

Bersama Jurulatih dari Bomba Marang

Korang boleh tengok kan keadaan cuaca dalam gambar kat atas tu...masa tu dalam pukul 3.30 petang. Memang panas bebenor sampai mata aku pon berpinar masa ni...dalam hati kesian jugak kat pelajar-pelajar yang berpeluh-peluh membuat latihan kawad...ada yang ngadu jurulatih tu garang...tu laa kalau cikgu ni korang buat tak tau je...hehehe...
Hari ni balik je dari sekolah aku belek muka ni...boleh tahan jugak kaler kulit aku..merah!...dah jadi macam topeng pulak kat muka ni...nasib baik tak hangus macam arang.

Hari ni demam dah kebah...syukur...Alhamdulillah...demam tu bagus untuk menginsafkan kita kan? =)

Tuesday, April 13, 2010

Sunyi Sepi Malam Ini...

Assalamualaikum...

Masa aku taip entri ni, jam menunjukkan ke pukul 12.52...hai lewat sungguh aku tido malam ni...seluruh alam kat perumahan ni dah sunyi sepi...bunyi cengkerik je...
Dah beberapa minggu berlalu semenjak aku tido lewat macam ni...biasanyer tido awal...
Hari ni demam sikit...penat sungguh rasa tubuh ni...panas semacam je...mungkin terlalu banyak tekanan kat tubuh dan mental aku yang semakin 'mental' ni...hehehe...cuaca yang sangat panas sekarang ni mungkin pon salah satu sebab aku tiba-tiba demam...Ye laa semalam lepas je sekolah aku berkejar-kejar pergi servis kereta...tinggalkan kereta kejap kat bengkel aku pergi merayap dengan kawan cari baju untuk pasukan koir sekolah...bila sampai rumah...dah dekat maghrib...masa tu aku dah rasa tubuh dah tak selesa...lemah semacam je...

Mata aku ni segar laa plak, ni bahana tertido lepas maghrib tadi secara tidak sengaja. Lepas je makan ubat...aku terus lena..terkejut bila ada kawan yang mesej ajak semayang...hehehe...Lepas tu mula buat kerja yang memang tak siap-siap dari minggu lepas...ada lagi tu...tapi aku tolak tepi dah sebab mata dah berpinar tengok tulisan yang berbelit-belit...Ni dah dikira lebih makan ubat..sebab tu tak mau tido...hehehe...

Selamat malam semua blogger...rindunya nak blogwalking macam dulu...insyaAllah bila semua kerja dah siap...kekangan masa dah kurang...boleh laa sambung aktiviti tu...

Friday, April 9, 2010

Salam Rindu...

Assalamualaikum...
Dah lama tak menjejakkan kaki ke blog ni...sampai dah usang, berabuk, tahap boleh tutup kedai rasanya...
Biasalaaa alasan aku ialah busy memanjang...tapi memang betol laa ketiadaan masa dgn mood membuatkan aku malas nak update blog ni...rindu pulak nak baca entri2 kenkawan blogger yang lain...

Thursday, April 1, 2010

Kerja 7 Hari Seminggu

Assalamualaikum...
Minggu ni tak sempat nak update blog...nak blogwalking...sebab terlampau bz (ye ke ni?...kekeke)
Memang aku bz sikit campur dengan penat dgn macam2 program dan aktiviti...
Mulai esok saja aku kena pergi kursus dari pagi sampai petang selama 3 hari berturut-turut..jawabnya minggu ni saja aku kerja 7 hari seminggu...*sigh*...kursus org keje kerajaan dan pekerja bawahan mcm aku ni takde ler tempatnya di hotel2 yer...boleh tido bilik ekon, ada katil tebal...makan sedap2...kursus aku ulang alik hari2 dari rumah ku yang boley dikatakan jauhhh laaa jugakkk utk sampai ke destnasi...huhuhuh (T_T)...

Tapi aku ni kena laa pergi jugak walaupon byk komplen...dah keje kan...turut je laaa perintah walaupon cuti ku telah diragut dari ku...huhuhu....

Thursday, March 25, 2010

Kena Terjah!!!

Assalamualaikum...
Terharunya dapat Anugerah Terhormat Top Blogger 2010  dari Miss Dalila dan Miss Tora
Sebenarnya aku edit post ni...sebabnya mula2 aku terima award ni dari Miss Dalila je...lepas tu dapat lagi award sama dari Miss Tora...
Bangga nyer aku rasa...kembang kempis hidung ni...hehehe...mcm artis plak...
Terima kasih banyak-banyak yer walaupon agak bersawang dah blog ni dek kerana masalah keje dan line brokben (asik ngadu je aku ni...isk...isk...isk...)

Syarat2 utk terima award ni ialah:-

  • Thanks & link to the person that gave you award..
  • Past this award onto 12 blogger's you've recently discovered and think are fantastic..
  • Contact and let them know they've won the award.

    Aisey aku tak tau nak pass kat sapa2 award ni sebab aku rasa semua blogger2 yang sudi terjah blog aku ni best! So u all deserve it!! =)

Monday, March 22, 2010

Beautiful Blogger Award

Assalamualaikum pembuka bicara...


Sekali lagi aku dapat tag...kali ni sekali ngan award ler...Beautiful Blogger Award...nak tanya miss sweetsour yang bagi award ni...apa yg dia maksudkan beautiful...blog ni ke atau tuan punya blog? hehehe...perasan plak aku...Dia bagi ari tu lagi tapi disebabkan ke'bz'an aku dengan keje plus line brokben yang sedey...aku baru amik ari ni...




Here are the rules to accept the award :
1. Thank & link the person that gave you the award.
2. pass this award onto 5 bloggers you've recently discovered and think are fantastic
3. Contact said Blogs and let them know they've won the award
4. State 7 things about yourself
.


Okeh! Jawapan utk tag:-
1. Mekasih ler Miss Sweetsour coz sudi bagi award ni...terharu akak...
2. Aiseh...yang nak pass award ni susah sket coz line tak elok ler...asik hang jek...
3. Bila dah takleh wat yang no.2...lagi laa yang no.3...hehehe
4. 7 things about myself: 
     *Aku seorang guru Bahasa Inggeris di Marang...
     *Asal Kelate tapi mencurahkan bakti di bumi Serating
     *Suka makan nasik kerabu dan pakar dalam menyediakannya
     *Dulu aku kurus, sekarang aku chubby...hehehe..
     *Cita2 aku nak beli mercedez tapi tak taw laa bila dapat belinya...
     *Aku pakai kete buatan mesia saja...kete import mahal...belilaa barangan buatan mesia
     *Suka window shopping and shopping (kalau ada duit ler...)

Ok...tu je laa pasal diriku yang comot ni... =)


Sunday, March 21, 2010

Suram...

Assalamualaikum...
Suramnya hari ku...sekarang ni susah tol nak online...
Line macam siput mengesot...slow bebenor...
Sian kat aku....nak masukkan entri ni pon susah...
(T_T)....huhuhu...

Saturday, March 20, 2010

Balik Terengganu...

Assalamualaikum...

Ceria sungguh pagi Sabtu ni...
Dari rumah dapat dengar Imam kat masjid sedang buat kuliah lepas subuh...
Cuaca pon ok je...

Hari ni kena balik Serating..sebab esok dah mula keje....
Nanti tak leh laaa nak online sukati jek...sebab keje banyak menanti...
Line kat sana pon tak berapa ok sangat...slow macam kura2...

Maybe akan bertolak ke sana petang ni...
Ole-ole untuk cikgu2 kat Serating pon tak beli lagi ni...
Jap lagi ler gi pasar beli... (",)

Friday, March 19, 2010

Tag: Soalan Detective Era....betul@salah???



Assalamualaikum..
Aku telah ditagged oleh ain yang cun melecun and cute mute utk jawab soalan2 yang begitu mencabar minda nisss...lebih susah dari soalan paper bahasa Inggeris SPM yang mudah macam kacang tu....kekeke 


1) siapakah diri anda di rumah?
Aku ada 2 rumah, satu rumah di Terengganu, satu lagi di Kelate
Kalau umah di Terengganu aku jadi diri aku sendiri...hehehe...iaitu Miss Hanida, si kaki lepak, tido, shopaholic, malas masak...kekeke
Kalau kat umah di Kelate, aku jadi anak yang baik ler utk mak and ayah aku...suka masak,kemas rumah...bagus kan?

2) siapakah diri anda di samping rakan?
Aku suka jadi diri aku sendiri ler, Miss Hanida yang suka bergurau senda, yang suka tolong kawan2

3) 5 benda yg anda idamkan tp masih belum tercapai
1. Umah banglo besar macam umah kakak aku (nak hias cantik2 sbb aku jeles nak umah camtu gak)
2. Kereta Mercedes terbaru kat pasaran (tercapai ke impian kalau keje mcm aku ni?)
3. Melancong seluruh dunia (jeles tgk kwn2 yg dpt pegi)
4. Nak pegi wat Haji kat Mekah (Duit simpan tak taw bila nak cukup...insyaAllah ada rezeki pegilerr)
5. Nak kawin ler (tak taw bila T_T)



4) siapakah nama pasangan anda
Sekarang ni mana laaa aku ada pasangan sejati
Tapi kalau boleh aku nak kawin ngan Fahrin Ahmad...kekekeke

5) ceritakan 5 perkara yg paling anda suka tentang pasangan anda
sebab aku takde pakwe...malas aku nak citer...


6) bila tarikh anda couple
sebab aku takde pakwe...malas aku nak citer...huuhuhuhhhuuuu

7) apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda
apa ni tanya soklan mcm ni...sedih tau kalau org takde pakwe mcm aku nk jawab...wawaaawaaa!!


8) lagu tema cinta anda
tension tol laaa cik ain oiii dapat soklan mcm ni...
Tapi kalau aku ada pakwe aku nak tujukan lagi Two is better than one dari Boys Like Girls
Best ler lagu tu....


9)apa perubahan yg ingin anda lihat dari pasangan anda
Malas nak jawab (tension giler maaaa!!! sebab takde pakwe)


10) tag 10 rakan yg lain
4. Lyn
8. ruti

Sudi-sudikan laaa jawab soklan2 tu ye...pastu bagi tau ler kita =)

Thursday, March 18, 2010

Calon Mentua Pilihan...

Assalamualaikum...
Indah sungguh hari ni, duduk di kawasan pantai macam kat rumah kakak aku ni memang best...angin bertiup sepoi2 bahasa...kadangkala bukan dah sepoi2 bahasa...alaaa sepoi2 ribut pon ada...

Ermm..kali ni nak cerita pasal calon mertua pilihan...haiii...mesti pelik kan? Biasa orang akan selalu cakap calon menantu pilihan...Elllooo? Menantu pon bleh cari calon mertua tau....heheheeee.....

Ciri-ciri Mentua Pilihan (mengikut kajian tak rasmi aku, hasil mendengar gossip kawan2 aku ler):


1. Mesti baik hati bebenor..manjakan menantu macam manjakan anak dia
2. Tak masuk belah anak dia je...mesti kalau suami isteri tu bergaduh ke, mentua akan masuk belah menantu
3. Sanggup datang umah menantu and masak (breakfast,lunch,dinner)...pastu siap basoh pinggan, kemas umah
4. Tak membebel kalau anak menantu buat silap tapi bagi nasihat atau tak ambil peduli pon...hehehe


Itu ler ciri2 yg biasa diharapkan dari menantu...kekeke...
Jangan plak ada yang marah kat aku nanti...saja gurau2... =)

Monday, March 15, 2010

Cinta dan Airmata

Assalamualaikum...

Alahai panas betul hari ni...baju aku pakai ni pon makin lama makin seksa dan seksi rasanya...hehehe...nasib baik kat dalam bilik je...Ermm..hari ni nak bercerita pasal cintan cintun laaa rasanya...mesti dikalangan blogger2 kat seluruh alam pernah merasai cinta kan? Tak kira laa cinta untuk siapa...berbalas atau tidak...
Sekurang2nya mesti antara kita yang pernah berasa berdebar-debar saat merenung matanya atau kala berselisih dengan si dia...hatimu menjadi kelu...kan?kan?....hehehe...

"Abang harap lepas ni kita boleh jadi kawan saja, perhubungan kita tak ke mana sebab mak abang tak boleh terima sayang sebagai menantu" 

 
Sedihnya kalau dia says "Goodbye"
(Gambo dari pakcik Google, tiada kena mengena dengan pemilik blog ni ye!)

Dialog tu macam biasa kita dengar kat dalam drama kan? Namun kat real life pon ada jadi macam ni...
Susah jugak kalau pilihan hati tidak menepati citarasa orang tua....Kesannya ada yang frust menonggeng, ada yang menangis siang malam, ada pulak yang tension bawak diri pergi sampai bulan (dalam mimpi ler...hehee) dan ada yang sanggup membujang sampai ke tua (sebenornya takde org nak kat dia...kekeke)...
Jadi kawan? Bila hubungan tidak ke mana? Boleh ke? Hmmm...entahlaaa, boleh kot...Aku pernah tengok satu cerita Mat Salleh ni (lupa nama movie tu)...Watak dalam cerita tu cakap...orang bodoh je yang nak jadi kawan lepas berpisah...hehehehe...no komen laaa yang tu...masing-masing ada pendapat dan pandangan sendiri kan?
Susah jugak ye kalau hubungan tak direstu...bagi aku jalan masih panjang...kalau ada di luar sana yang mengalami nasib macam tu...berbincanglaa dengan orang tua...tanya betul2 kenapa mereka tak restu...mungkin ada perkara yang berbuku di hati dapat diluahkan dan dipermudahkan bersama2...Jangan dilupa restu ayahanda dan bonda penting dalam mengharungi hidup di dunia ni... =)

Sunday, March 14, 2010

Musim Kawin

Assalamualaikum...
Cuaca hari ni cerah berseri jek...elok sangat laaa kalau buat kenduri ye...Hmm, dah cuti sekolah ni macam biasa laaa, akan bermulanya musim masyarakat Malaysia berkahwin...hehehe..

Gambo dari pakcik Google...
Tiada kena-mengena dengan tuan punya blog

Baru semalam aku pergi kenduri kawin, cantik betul dapat ole-ole dari pengantin...orang Kelate panggil 'sisa'...tapi aku pegi kenduri kat Terengganu, tak tau laaa kat sana diorang panggil apa...
Balik kat rumah pon ayah aku cakap dia banyak dapat undangan kenduri, sampai 2-3 dalam satu hari...
Memang meriah betul laaa cuti ni, sana-sini ada kenduri...

Dalam kemeriahan mengadakan majlis perkahwinan, pada pemerhatian aku ramai daripada kalangan kita yang bermewah-mewah. Memang laaa akan ada yang cakap "saya mampu"...Tapi alangkah eloknya jika kita menurut apa yang dianjurkan Islam, tidak membazir dan bermegah-megah...Yang penting sama-sama kita berharap dan berdoa supaya pengantin mendapat keberkatan dari Allah dalam menjalani kehidupan berumahtangga selepas itu dan perkahwinan itu kekal hingga ke akhir hayat... =)







Monday, March 8, 2010

Rambut Ohh Rambut...

Assalamualaikum...
Lawak plak rasanya bila ingat kisah malam tadi..aku nak tulis laa entry pasal rambut aku...blom apa2, baru siap tulis title tetiba laptop ni jadi blank kejap and aku dapati entry tu telah aku publish secara tidak sedar....so, adalaaa sorang dua peminat a.k.a silent reader blog ni bertanya... (peminat??? koya pulak tuan punya blog ni....kekeke)...diorang tanya napa ada title jek, mana pegi isi kandungan...dengan muka selamba aku wat2 tak paham...(malu sebenornya...huhuhu...)

Sebenarnya semalam aku nak citer rambut aku ni dah panjang bebenor...mengerbang macam rambut maya karin dalam citer hantu tu...heeheee...bukan rupa macam dia, rambut jek! Rambut ni nasib baik tak terbakar masa aku nyalakan dapor gas...mula2 aku klik2 nak nyalakan api, tak bernyala plak, aku tunduk sket sebab nak tengok lebih dekat sambil tangan dok klik2...rambut pulak tak ikat...mengerbang jek....tiba2 walla!!! dapor tu nyala...sempat laaa aku melompat dan menyelamatkan mahkota kepala aku ni...kalau tak botak maaa.... =)

Saturday, March 6, 2010

Kenapa Nak Ucap Rindu?

Assalamualaikum...

Kenapa nak ucap rindu?
Pada yang memang pasti merinduimu...
Kenapa nak ucap rindu?
Jika ucapan itu bakal melekakanmu...
Kenapa nak ucap rindu?
Pada yang pasti bukan lagi milikmu...
Kenapa nak ucap rindu?
Jika itu salah dalam peganganmu...
Kenapa nak ucap rindu?
Pada dia yang memang didepanmu...
Kenapa nak ucap rindu lagi?
Jika itu sudah berkali-kali kau ucapkan...

Jangan sampai orang..................
 

Hehehe...saja jek letak entry atas tu...boring sebenarnya. Takde nak buat apa2 pon petang ni. Tengok tv takde yang menarik pon...cerita hentah apa2...
Sebenarnya dalam boring aku dok pikir-pikir laaa pasal kapel2 muda ni...



Ucapan rindu tu selalu terucap dibibir pada yang tersayang...
Bukan aku nak mengata pada yang tengah berkapel tu...cuma kalau boleh kurang2 kan laaa guna ayat2 jiwang kat orang yang tersayang...bimbang melekakan dan hati kita hanyut oleh dorongan nafsu...betol tak?
Lebih elok kita simpan rasa rindu tu dan luahkan pada orang tersayang selepas alam perkahwinan...lagi berkat dan dituntut oleh agama...kan??

Friday, March 5, 2010

Nak Makan Apa? - 2


Assalamualaikum...
Tensi...tensi...nak makan pon kena pikir ke??...hari ni pagi2 kawan aku Shuk, anto msg ucap gud morning...awal bebenor, dah mandi ke blom agaknya mamat tu...mak oiii malasnya aku bangun...sori Shuk, bukan tak nak jawab msg tu tapi ngantuk maaa...hehehe...kul 9 lebih dia msg lagi...terpaksa laaa aku bangun jugak walaupun hatiku berkata-kata.. "tido nida...tido"...So bila dah bangun, siap mandi aku bukak laaa peti ais, ok, dah beli semua barang dapor yang perlu, bleh laa masak tapi...alamak ada 'tapi' pulak...aku jadi blur nak masak apa sebab dah lama tak masak...hehehe...Alih2 aku amik buah berangan sejuk yang aku beli masa shopping semalam dengan susu segar rendah lemak...diulangi...rendah lemak!!...nak jaga badan kunun.... =)

Lepas tu bukak YM...chat ler dgn Fena, tiba2 dia ajak pegi ke Bukit Payong, ada pesta katanya... Datuk Shahrizat yang datang...bagi nak ilangkan boring, aku setuju...so petang ni lepas asar aku akan keluar....

Ok, semalam aku citer nak gi kedai batik sutera kan...tak jadi ler coz kakak aku msg and cakap dia nak datang next week for holiday. So, biarlaaa dia yang datang dan beli sendiri...Semalam aku gi layan kehendak aku je laa..sempat laaa singgah kat Ariani Kuala Terengganu for the first time..dapat tangkap 3 helai tudung...kopak purse aku...huhuhu

Ini laa tudung yang dirembat dari kedai Ariani...
Mak aihh..buruk bebenor cadar tu dalam gambo...kekeke

Thursday, March 4, 2010

Nak Makan Apa?

Assalamualaikum...
Hari ni seluruh negeri Terengganu cuti sempena keputraan Sultan Terengganu...ermm...panjang laa sikit cuti aku, ye laa sambung terus Jumaat and Sabtu jadi tiga hari. Mula-mula aku ingat nak balik kampung tapi disebabkan ada beberapa halangan jadi aku ambik keputusan stay aja laa kat sini. Housemate awal-awal lagi dah balik Selayang, tinggal aku je laa dok menghadap tv (bukak je..tgk sekali-sekala je) dan komputer ni. Bangun pagi-pagi (pagi ke? kekeke!!)..aku jenguk laaa dapor, bukak refrigerator...check punya laa check...apa pon takde except roti yang dah seminggu dok dalam tu...so kacau kopi segera je laa..sedih tol...huhuhu!!!

Sekarang dah nak masuk tengahari...malas betul nak kuar sebab cuaca panas sekarang ni...dalam hati bercadang nak pegi makan sizzling mee kat Kuala Terengganu...jauh tol!!...ye laa dekat umah aku ni mana ada kedai sizzling...so ini plan aku for today...aku ingat nak pegi makan...lepas tu gi shopping barang-barang dapor sikit...lepas tu aku ingat nak merayap kedai batik dekat bandar..maybe kat Pasar Payang...ermm lepas tu apa lagi ye? Ok, aku rasa nak pegi cari tudung dalam selai 2...cukup laa...tak nak beli banyak2...lepas tu nak balik dan memerap sampai esok...huhuhu....

Batik sutera yang aku nak beli ni sebenarnya bukan untuk diri sendiri tapi untuk kakak aku. Dia yang beria2 nak. Tapi kena guna duit sendiri dulu...huhuhu...nanti kena confirm kaler apa dia nak. Mula-mula aku ingat nak pegi ke Arfa batik coz dekat je dgn umah, kat Chendering...so aku tanyalaaa kenkawan kat sekolah mcm mana rega kat Arfa yang glamer tu...aku pernah pegi dulu tapi lupa plak rega2 kat situ...kenkawan aku cakap sesetengah batik sutera kat situ mahal sikit. Maybe sebab rekaan dia exclusive dari tempat lain...tak tau laaa. So...one of my fren, Fadhlina cadangkan pegi kat kedai baru berhampiran dengan stesen bas Kuala Terengganu...dia pon bagi laaa pelan...aku iya kaa aje walaupun agak blur nak baca pelan tu...hakikatnya...walaupun dah setaun lebih kat sini...aku masih tak berapa ingat sesetengah jalan... =)

Saturday, February 27, 2010

Jalan-jalan...

Assalamualaikum...hari ni aku kat kampung. Ingat nak jalan-jalan ke butik tudung Ariani. Aku tak pernah lagi jejak kaki ke kedai tu. Dengar citer bley tahan jugak la rega tudung kat situ. Biasanya tudung mcm Ariani ni aku tempah jugak dengan kawan sekolah. Ada jugak yang aku beli kat kedai biasa mcm jenama sofi, z and z. Cuma kali ni ingat nak terai kat Ariani plak. Nak cari warne yg matching dgn baju baru ku. Baru je siap...hehe..

Wednesday, February 24, 2010

Dah Lama Dah....

Assalamualaikum....
Alhamdulillah hari ni debaran sukan tak ler ketara sangat coz umah sukan aku kalah terukk beb....kekeke!!
Muka aku ni pon dah tuko kaler dari sawo matang kepada sawo legam...Lega jugak sebab pengetua benarkan acara dimulakan pada waktu pagi, mengikut perancangan patutnya bermula petang tapi memandangkan terlampau banyak acara, takut plak balik pukul 7 maka dengan senang hati pengetua membenarkan diadakan waktu pagi....Cuma tinggal esok aje untuk acara kemuncak. Moga-moga esok bleh balik awal coz aku nak balik kampung....walla weeeyyy!!!

Berbalik pada tajuk utama...haii...dah lama dah aku dok mencari-cari buku untuk bacaan. Buku Dear John masih tak jumpa2 lagik...Mana laaa nak aku cari kat Terengganu ni. Kadang-kadang tensen jugak bila benda yang dicari takde. Rasa nak terbang je ke Key Ell...ececehh...koya je lebih...hehehe....

So, kalau ada laaa sesapa yang nak suggest buku untuk bacaan....bleh laaa bagitau aku...tapi jangan laaa yang berat-berat, tak larat den nak pegang...hehehehe...

Tuesday, February 23, 2010

Debaran Sukan 2...

Assalamualaikum...
Mak aiii...panas...panas...panas...hehehe...aku baru je naik ke bilik guru setelah berhempas pulas tolong budak-budak hias khemas sampai dah nak naik pitam sebab panas sangat...
Ermm... Kak Aini dan beberapa orang guru rumah Kuning masih kat padang...memang bersemangat Wira betol!
Sempat jugak aku klik-klik amik gambo....

Ini laaa hiasan khemah rumah kuning...
Bagusss....semangat diraja tu ada...



Kuning Keemasan Pasti Johan...Yeahhh!!!


Monday, February 22, 2010

Debaran Sukan...

Assalamualaikum...Ermm...penat sikit hari ni...no..penat banyak...penat yang dicari sebenarnya...
Lepas sekolah tadi, dalam kul 3.30 petang aku gi ronda bandar Kuala Terengganu teman cikgu Zunie gi ke Celcom centre sambil bayor kete...Lepas tu teman sampai ke Mydin sebab dia nak beli lauk pauk. 
Esok sekolah aku akan adakan pot luck, so Zunie berhajat nak buat gulai tempoyak ikan patin....uuiii...mesti cikgu-cikgi serating meleleh air liur esok kecuali aku ler coz aku memang tak leh bau gulai tempoyak ni...pening...hehehe...Tugas aku untuk pot luck tu plak memang paling susah...masak nasik jek....kekeke...bahagianyaaaa....! So kena bangun awal laaa esok sebab nak masak nasik!
Bangun tu memang selalu awal...pegi sekolah je yang lambat...

Tadi kat sekolah aku memang sibuk sikit...pelajar-pelajar, cikgu cikgi semua bersemangat waja...
Lusa kami akan adakan sukan tahunan selama 3 hari sehingga Khamis ni...
Semua warga seri serating sibuk dalam proses menyediakan material untuk perbarisan dan hiasan khemah...
Ada yang sanggup keluarkan budget sendiri sebab ye leeee..budget yang ada memang ciput jek!
Sebagai Penolong Ketua Rumah Kuning (Wira), aku berbangga sebab Ketua Bidang kami, kak Aini paling cool dalam bab-bab menyediakan bahan-bahan untuk perbarisan...mekasih kak Aini, maaflerr tak leh nak tulung sangat...kelas penuh maaa....
Setiap rumah masing-masing buat keje sambil menyorok...lebih-lebih lagi umah Biru....hehehe...
Bukan apa, takut orang cedok idea laaa....kekekeke!! Jangan maraaa umah Biru....Wahhh bunyi kata tema tahun ni 'Gelombang Biru'....macam pernah dengar tapi di mana ya!!
Sempat laaa jugak aku klik-klik amik gambo....

Wah...semangat ler kak Aini...
Sorry gambo tak clear...nak cepat coz ada kelas
Lagipon guna enpon jek....



Ni laa pelajar2 Form 5 yang banyak sumbang tenaga dan idea...
Mekasih dari teacher ye....



Ni plak orang kuat Kejohanan...Cikgu Fadhlina dan Cikgu Usop
Tengah mengisi borang markah....
Rajinnyerr....

Tuesday, February 16, 2010

Seram Sejuk Laaa...

Assalamualaikum...
Hai semua!!!walla weyy!!..hehehe...cewahhh ceria jek...tp bangun pagi tadi rasa lain macam jek...tekak perit, hidung gatal-gatal plus panas dan seram sejuk jek tubuh badan....
Suara dah tak macam Siti Nurhaliza...huhuhu...aku telah terkena satu jangkitan iaitu sesema...
Tapi kuatkan hati jugak mai ke sekolah walaupun badan rasa tak best...tubuh rasa berat jek...
Bila sampai kat sekolah tengok kat mail box ada kiriman yang ditunggu-tunggu..thanks untuk mama Jihan yang anto minyak wangi yang aku order ari tu...nanti i bank in duitnyer yer =)...Sapa-sapa yang berminat bley laaa contact Jihan untuk order : http://jihansham.blogspot.com/

Ini la perfume tu...dari Dhia Perfume...
Aku amik set 2 women
Version of Be Delicious by DKNY
Version of Britney Spears by Elizabeth Arden
Jap lagi kalau pakai minyak wangi ni mesti seksi macam Britney...hahaha!!

P/S: kepada kengkawan, followers dan blogger...please singgah and tinggal komen ye...aku sari dua ni bz sket, tambah-tambah line brokben kat Marang ni di tahap nyawa-nyawa ikang jek so maybe takleh nak online sokmo-sokmo...so please leave ur message and i will track u back..luv u!! =)

P/S: Aku tengah curi-curi update masa free ni sambil dok pegang tissue lap hingus!

Monday, February 15, 2010

Mikir...mikir...mikirr...

Assalamualaikum...
Dalam hidup ni kita selalu diberi pilihan...ada yang mudah dipilih ada yang memang susah sesusahnya...
Aku bersyukur kerana Allah s.w.t selalu memberi laluan yang mudah bila masa aku dikehendaki membuat pilihan olehNya...
Cuma kali ini...pilihan yang ada agak memeritkan hati, jiwa, perasaan...nasib baik bukan isi dan tulang...hehehe...
Kalau tak apalaa yang tinggal lagik...sian kat aku....
Moga-moga kali ini Allah s.w.t memberikan petunjuk kepada aku....

Sunday, February 14, 2010

Nak Buat Apa???

Assalamualaikum...
Adehh...penatnyer dok rumah...penat dok saja2 jek tanpa aktiviti yang menarik, mecabar plus menggerunkan...
ni baru jek lepas masak, makan dan ngadap tv....memang anggun je kalau orang tengok...ahaks!!
Ari ni aku ader plan nak meluangkan masa dan menghabiskan pulus di kota bharu...tapi bila tengok cuaca...alahaiii...tak larat rasanya mengharungi panas...(ni baru panas dunia...insap...insap....)
Cuaca hari ni memang agak panas, maklumlaa bulan 2 memang cenggini kat pantai timor..Kakak aku pulak siap pesan, kalau nak pegi kota bharu singgah umah dia dulu, takde keje lain laa tuu...mesti nak ngikut..
Tapi masalahnyoo kalau bawak dia, kena bawak sekali anak-anak dia yang cinonet tu...kalau dah bawak yang cinonet tu maknanyaaa takde can laa aku nak menikmati saat-saat bershopping tuss...ahaks! So aku telah buat keputusan...bila mendung sikit aku akan bukak langkah...naik kete dan cowww...tapi selepas aku siap shopping baru aku singgah umah dia...mesti cik kiah tu meletoppp marah...hehehe =D

Friday, February 12, 2010

Cuti...cuti...

Assalamualaikum...
Memang kalau sebut cuti, semua orang ternanti-nanti...sama la ngan aku, pantang bunyi perkataan cuti mata jadi luas jek walaupun sepet...hehehe...
So, minggu ni aku dapat bercuti kat kampung agak lama sebab cuti raya cina...sekolah amik 4 hari jek...jeles jugak sebab sekolah kakak aku sambung sampai satu minggu...takpelaaa asalkan dapat bercuti...
Hari ni lepas jumaat aku mula buka langkah turun tangga dan bukak pintu kete, lepas start terus tekan minyak, pulas stereng dan bergerak laaa ke Rantau Panjang...
Trip to Rantau panjang ni bukan laaa nak shopping sangat pon sebab anak-anak buah aku yang cinonet tu ngikut...kalau ada diorang jangan mimpi laa nak borong barang kat situ...pendek kata rugi laa tokey kain, baju, pinggan, dan macam-macam lagi sebab ilang customer yang macam aku dan super shopaholic a.k.a onomania macam kakak aku...huhuhu =)
Jadi trip kami kali sekadar cuci mata je dan berangan laaa untuk datang lain kali dengan pulus yang menggebu dalam purse...so, tok peraih Rantau panjang tunggu laaa kehadiran ku di masa hadapan...... !!


Tapi last-last, berat jugak tangan bawak beg plastik...hahaha!!! Untuk anak buah aku, mak dia siap beli 'katak' kaler ijau yang besar dari tubuh dia... =)

Comel kan?? Geram je nak beli...murah-murah...


Ni sapa-sapa yang minat benda-benda macam ni boleh laa datang 
borong kat sini...aku kalau bab pasu-pasu ni slow sikit...kang kalau 
beli tak pasal-pasal jadi tempat nyamuk bertapa...hehehe


Penjual kat sini cakapsekarang ni bantal upin ipin jadi peberet...
murah jek RM10 satu...


Koleksi jajan dan kopok dari Siam with love pon ader...
Mostly barang kat sini dari sana...
Dan korang yang tak biasa pegi, kalau nanti singgah 
jangan terkejut kalau dengar jurujual kat situ speaking siam...hehehe

Friday, February 5, 2010

Rindunyer...

Assalamualaikum....
Alahai...aku terkena jangkitan baru minggu ni...jangkitan rindu ler...
Baru seminggu tak balik kampung, aku dah jatuh rindu...huhuhu...
Memang minggu ni plan tak nak balik kampung coz minggu depan dah cuti Chinese New Year...
Satu lagi, aku tengok mak dah makin sihat minggu lepas walaupun makan masih bersuap...
So tak bimbang sangatllaaa...
Ulang alik ni memang penat sebab aku drive sorang-sorang je...tambah lagi aku ni kan kaum hawa...
Kaum hawa ni memang mudah penat...hehehe...tapi berhati waja tau!!
Ye laaa...kalau tak berhati waja takkan aku ok je redah highway sorang-sorang dari Kelate ke KL zaman study dulu...
Namun dalam dok berhati waja tu takot gak...memang doa tak putus2 ler sepanjang perjalanan...

So cerita balik pasal hal tak balik kampung...
Cuti ni aku bangun awal bebenor...tak azan subuh dah bangun...
Siap tgk tv habis satu movie,basuh kete, kemas rumah, sapu laman,basuh kain...mak oii penatnyer!
Lepas siap bantai tido sekejap...
Bangun sebab terkejut bunyi mesej kat tepon....
Terus siap2 keluar pegi makan....huuhuuhuu...what a life! Tak mencabar langsung...kekeke!

Balik makan singgah kat pantai Kelulut beli air nyor!! Tapi sebab perut dah penuh, aku kasi peti ais yang merasa air tu dulu...karang aaarr minum...

Ni ler Pantai Kelulut...pulau kecik tu Pulau Kapas..


Ni plak saja tepek kat sini gambar terbaru tuan punya blog ni...hehehe
Tembam betol...semua orang cakap dah tembam pipi tu...huhuhu
Sepupu aku plak tiap kali jumpa mesti cakap "Nida, makin chubby nampak!"...menyampah tol!!

Saturday, January 30, 2010

Jalan-jalan...

Assalamualaikum...
Seronoknya kalau balik kampung. Walaupun kat kampung takde apa yang special pun...aku tetap rasa best!!
Alhamdulillah...mak dah semakin sihat, minggu lepas aku agak kelam kabut sikit sebab temankan mak di wad. Bila balik kampung minggu lepas memang tak rehat pon...walaupun mak dah keluar hospital tapi tubuhnya masih lemah...memang kena bantu dalam banyak perkara...kesian kat dia...
Petang tadi aku ke Kota Bharu. Pegi bank tolong bayar duit kereta ayah.Banyak betul laaa kete...pening aku...
Lepas siap bayar kat Affin Bank, aku bersama kakak dan anak-anak buah yang cinonet semuanya pergi ke KB Mall sebab nak makan nasi ayam kat Chicken Rice Shop. Memang dah addicted agaknya...asal pegi mana-mana mesti cari kedai makan tu...hehehe...Lepas tu kami masuk Parkway, saja je bukan nak beli pon. Siap amik gambar lagik!!! Salesgirl kat situ tengok je...

Abang Atiq nyaris nak turtle tu...
nasib baik dia letak balik...hehehe


Tengok laaa...nasib baik tak kena saman...riuh satu kereta...


Dalam jem tadik sempat aku amik gambar kedai makan ni...
Kakak aku cakap bleh tahan ler glamer kedai ni kat Kota Bharu...dia dh try...
Tapi yang lawaknya nama kedai dia... NASI KERABU GOLOK...
hehehee....Mesti resepi dari seberang thai ni...

Tuesday, January 19, 2010

Perkembangan Baru...

Assalamualaikum,
Rasanya dah bersawang blog ni...hehehe. Malas betul nak update.
Kat sekolah bukan sempat nak jenguk.
Kalau dah sampai kat rumah, ingat bantal je. Asyik nak tido ...
Hai, serba serbi malas...bila nak rajinnya??
Kat sekolah, aku ni di kira jenis yang malas...malas kemas meja...


Cuba tengok buku tu, dah berzaman macam tu laa
jugak. Tu belum tengok sebelah kiri meja...
Koleksi buku yang perlu ditanda tinggi macam bukit...hehehe!



Cuba tengok meja Cikgu Zunie, cikgu yang rajin...
Keje dia takde lain, mesti buat keje jek...
Meja dia kemas betul, siap ader sistem file...
Aku ader jugak sistem macam tu tapi bukan membantu pon...
Sebab fail tu bertimbun-timbun dalam gerobok...
Malas nak kemas punya pasal...
Malas lagi....Hehehe!!


Sunday, January 10, 2010

Dah Keje Nak Wat Camna....

Assalamualaikum...
Huhuhu...aku memang penat...penat...memikir nih!
Minggu ni susah betul nak balik awal...huhuhu...(moral value: tak baik dok mengeluh...)
Tapi nak luah perasaan jek...Minggu ni jadual penuh (hik...macam CEO jek)...
Hari ni meeting, esok plak ada latihan rumah sukan, lusa plak ada perjumpaan ko-ko,
tulat plak latihan rumah sukan lagik...khamis plak meeting panitia...woiii!! bila aku nak balik awal nissss?
Aku kena gi JPN sebab kena amik satu borang ni, staff kat JPN plak memang hampeh coz dia bagitau kena amik sendiri, tak bleh mintak tolong orang lain amikkan...eeee geram aku.
Bukannya borang tu ada rahsia kerajaan...borang kosong jek!
Lagipon bukan nyer aku suruh mat rempit atau drug dealer yang gi amik!!! Geram tol!!
Ok la, cool...esok Insyaallah aku nak mintak excuse la jap...moga-moga rakan-rakan mengerti....

Disebalik kegeraman aku tu...aku salute le cikgu-cikgu SMK Seri Serating kalau bab-bab keje niss...
Antara cikgu yang memang rajin tahap gaban:


Wahh...ni la Kak Aini, Ketua Bidang Kemanusiaan
Dia ngajar Geografi, memang kelas cara dia ngajar...
Rajin dan berdedikasi...malu je orang amik gambar...
Relaks ler kak Aini....hehehe!


Ni plak cikgu Maths kita, Fadhlina Yusof
Nama glamour dia Fena...huiii rajin ni...
Budak-budak Form 5 memang minat giler kat dia...
Especially budak laki...asyik kerumun meja dia jek...
Hai, meja aku gak yang budak takut nak pegi...hik hik!

Thursday, January 7, 2010

Mak aiii...

Assalamualaikum...
Lama tak update blog...lepas demam hari tu terus takde semangat...
Lagi pon busy memanjang je lepas bukak sekolah ni, tapi FB tetap on..jalan, hehehe...
Tahun ni masih pegang benda sama je kat sekolah, ngajor form 2 and 3
Lepas tu pegang jawatan tak berpencen sebagai Penyelaras Form 3...
Portfolio ader la berubah sikit...hik hik...naik pangkat jadi Ketua Panitia plak...
Hai...macam mana laaaa nak handle aku pon pening dah...
Yang hampeh plak, ader ke bagi aku jadi ketua penasihat Kelab Ping Pong...??
Sepanjang hidup aku ni tak pernah lagi aku main benda alah tu...
Hai...lantak laa labu....
Yang pasti tahun ni aku akan pastikan Rumah Kuning akan jadi juara...
Sebab apa?? Sebab aku sekali lagi naik pangkat jadi Penolong Ketua Rumah Sukan
Hmmm.......penat la den taun ni...

Friday, January 1, 2010

Program Tahun Baru...

Assalamualaikum...
Tak buat apa-apa yang menarik pon untuk tahun baru...
Aku bukan jenis moden, gi celebrate tgk bunga api...
Lagipon kat tempat aku ader ke pertunjukkan bunga api??
Takde kot...
Cuma hari ni lemah betul badan...
Macam demam jek...
Memang demam pon...
Demam tahun baru kot...
Suara pon dah lain...alahaii...
Esok dah kena keje....