Kawan-Kawan

Friday, March 12, 2010

Cuti!!!!

Assalamualaikum...

Dah beberapa hari aku tak dapat nak masukkan entry terbaru disebabkan beberapa hal yang tak dapat dielakkan...salah satunya laptop aku ni wat hal laaa plak...mentang2 laaa dah capai tahap boleh dicampak ke dalam sungai Marang disebabkan keuzurannya...hehehe...Trimas aku ucapkan pada Mr. Hamdan yang banyak menolong kalau bab2 keuzuran laptop aku ni...insyaAllah balik cuti ni i akan bagi you ole-ole dari Kelate...ok?

Mr. Hamdan a.k.a good Samaritan...
Orang dok amik gambo dia bukan tengok pun...

Mulai hari ni secara rasmi laaa aku bercuti sampai laaa ari sabtu minggu depan...yahuuu!!! Ala...ingat budak2 je yang excited kalau cuti, cikgu pon manusia biasa, kalau dah stress je keje...kena gak cuti kan?? Kalau sekolah lain termasuklaaa sekolah kakak2 aku...(kami mmg mencintai satu bidang jek...semua cikgu maaa)...mengadakan kelas tambahan untuk kelas2 peperiksaan, tapi sekolah aku takde coz mostly budak2 dari asrama anak yatim dan cuti ni asrama diorang ada buat sukan antara asrama anak yatim peringkat kebangsaan. Jadi kiranya tak bz laa aku dengan kelas cuti ni...boleh laaa balik kampung... (",)..Tapi aku masih kat Marang, family kakak aku ada datang and baru je balik jap tadi...esok kena pergi kenduri kawin...ermmm makan nasik minyak laa jawabnya...lepas kenduri esok, aku akan terus choww balik kampung...walla weyy!!!

Ini laa anak buah aku yang selalu buat 'muka' kalau orang amik gambo dia..
Dah balik dah tadi...rindunyer....

Sepanjang minggu lepas, SMK Seri Serating memang happening ler...macam2 events yang kitorang buat...salah satunya Majlis Sambutan Maulidur Rasul yang diadakan pada 9 Mac lepas...pengisiannya memang best dan tahniah diucapkan kepada unit dakwah dan kerohanian SMKSS...ustaz2 and ustazah2 ler tu...

Perarakan pelajar sambil berselawat ke atas Junjungan Besar Rasulullah S.A.W
Pelajar bergerak mengikut unit beruniform masing-masing dari 
perkarangan sekolah sampai laaa ke Surau Penjara Marang...


Masa ini laa jugak cikgu2 lelaki SMKSS melaram dengan 
baju melayu dan sampin...macam nak gi kawin laa plak..oppss!!!


Apa ler budak2 SMKSS...orang ceramah korang tido ye...
Adegan ini sebelum cikgu piat telinger sorang2...hehehe
Gambo ni amik dari album Cikgu Ainun kat fesbuk...

Pada 11 mac plak...macam yang digembar gemburkan seluruh negara, keputusan SPM telah diumumkan...terkilan jugak sebab tiada calon yang dapat straight As dalam semua subjek...yang terbaik mendapat 5 A sahaja, namun itu bukan nokhtah terakhir kepada semua calon SPM 2009...jalan untuk berjaya masih panjang dan luas...tahniah diucapkan kepada guru-guru SMKSS especially yang mengajar subjek SPM kerana begitu tekun dan komited dalam menjalankan tanggungajawab...ada rezeki taun depan kita maju lagi...insyaAllah...

Calon terbaik SPM menerima slip peperiksaan dari Tuan Pengetua...tahniah!!




3 comments:

  1. salam kenal dari electronicholic tetap semangat

    ReplyDelete
  2. Baguslaa bebudak SMKSS, mengamalkan semangat bersatupadu tido beramai2, memang kemas laa (selagi belum kena piat~ huhu)

    ReplyDelete