Kawan-Kawan

Powered By Blogger

Monday, March 18, 2013

Ujian OTI 1 PMR

blogger - Google Search

Pelajar-pelajar tekun jawab soalan ujian. Harap2 kali ni dpt la jawab dgn baik...sangat takut melihat kegagalan pelajar setelah guru2 bertungkus lumus mencurahkan ilmu. Semoga berjaya anak2 didikku :-)

Published with Blogger-droid v2.0.8

Saturday, September 15, 2012

Cuti Hujung Minggu...

Boling...boling...

Assalamualaikum. Hujung minggu pantas berlalu. Sibuk dengan tugasan sampingan. Sampai takde masa untuk kemas rumah. Bila balik dah penat...tak larat...alih2 rumah pon macam tu la juger dari bulan lepas. Bersepah-sepah...adoii...menci betol tgk!

Start dari last day skolah 2 hari lepas lagi. Khamis bergegas ke SMK Durian Guling, tido kat sana sempena dengan kem kecemerlangan PMR peringkat daerah...pagi esoknya bergegas-gegas ke Permai Hotel, breakfast kat situ pastu amik kawan pergi ke TER kat Kuala Ibai...pada tahun ni Terengganu menjadi tuan rumah untuk acara sukan 1Malaysia Pendidikan Khas- Masalah pembelajaran dan penglihatan. Jadi secara eksennyer, aku jadi pegawai teknikal laa kat sana...tukang angkat bendera je sebenornya. Acara bowling ni nampak menarik dengan persaingan sihat kalangan anak-anak pelajar pendidikan khas. Dapatlaa mengenali mereka dengan lebih dekat. Pandai-pandai semua main bowling...maklumlaaa wakil negeri.

Malam tu melepaskan lelah dengan berehat-rehat dan tido kat Permai Inn bersama kawan...tgk tv dan makan je keje kami. Bilik tu KPM dah booked untuk 3 malam tapi cukup je la satu malam sebab dah rasa rindu kat umah ku yg comot tu...hehehe :)

Hari ni bersambung lagi untuk acara boling bagi pelajar masalah penglihatan...sonok tengok budak-budak ni main...lepas tu Cikgu Zali a.k.a boss benarkan balik...apa lagi kami berbondong-bondong keluar dari TER Sport Centre tu...sempat jugak boss hulur RM50 buat belanja minyak...tak sampai 10 minit aku dah abiskan duit tu kat Mydin Kuala Ibai...tak leh pegang duit sikit...keciknyer nilai RM50 skrang nehh....

Sempat snap pic time buat keje :)

Saturday, September 8, 2012

Raya di Sekolah

Hari ni ada sambutan hari raya di sekolah. Meriah betul dengan hidangan pelbagai jenis kuih. Di tambah lagi kemeriahan dengan kehadiran ibu bapa dan penjaga untuk majlis temu murni a.k.a tengok buku rekod kemajuan anak...cuma hati guru kecil ini agak terkilan. Mengapa terlalu sukar bagi sebahagian ibu bapa untuk hadir bertanya khabar dengan guru tentang anak jagaan mereka? Moga2 di masa depan kesedaran akan mula terselit di hati sanubari masaing2 :)

Tahun ni jamuan agak berbeda dari yg sebelumnya...setiap kelas mengadakan 'open house' masing-masing..apa lagi kelam kabut laa cikgu2 dan anak2 pelajar menyediakan juadah utk 'kelas terbuka' masing2...aku mudah aja, order jek nasi ayam...hahaha!! manalaa aku sanggup masak banyak-banyak...semua main beli jek...mudah dan senang! 

  • sedap :)


Thursday, September 6, 2012

Hahaha!!!

Mak oii...lama giler aku tak update blog ni...dah berkarat hijo! Bz ke malas? Sebenarnya malas kekdahnya...selebihnya memang ada busy sikit dengan percaturan hidup. Lama tak update bukan kat blog ni saja, kat Facebook pon tak berapa nak update dah. Kadang-kadang sebab banyak sangat keje, bila time free nak relaks la plok...nak bersantai-santai...Ermmm...dah lama tak blog walking...tak tinjau-tinjau blog masakan...bukan sebab suka masak tapi suka tengok org masak sajork!! Hopefully, after this...aku rajin kembali nak update blog nih...layout blog ni pon dah macam zaman ice aged...ketinggalan zaman betol dibandingkan dgn blog-blog lain. Aduusss...malu kat otai-otai blogger kat luar sana... :)

Tuesday, September 14, 2010

Raya Ohh Raya

Assalamualaikum...

Kalau orang lain dah lama buat entry pasal raya...aku baru terhegeh hegeh nak post citer raya aku...hehehe...
Memang happening raya tahun ni, banyak juga laa kejadian yang diingini dan tidak diingini berlaku.
First raya memang seronok, dapat pergi semayang raya, tapi kena tinggal ngan abang ipar...so terpaksalah aku membonceng moto ngan adik bongsu ku...mak oiii gayat betol, maklumlaaa dah berzaman aku tak naik motor...Lepas tu sibuk menyediakan hidangan raya utk tetamu buatan aku sendiri iaitu Soto...fuhhh!!! mendapat pujian ramai sebab first time buat pon sedappp!! (angkat bakul sendiri ok!) =)


Ini je laa gambar raya yang sempat dimasukkan =)
Bersama anak buah..Abdullah Wafi...

Raya kedua, terjadi laa kejadian yang amat mengaharukan aku tapi gembira bangat ada jugak...kawan sekolah yang dah bertahun2 tahun tak jumpa datang bersama keluarga...seronok giler...terima kasih pada kawan ku Norazlina Ismail yang sudi menjengah teratakku yang buruk di Machang. Tak sangka plak yang dia jugak bekerja dan menetap di Terengganu sama ngan aku. Tak jauh plak tu, dia di Jalan Panji Alam dan aku plak di Marang...kecilnya dunia.

Raya ketiga plak...kejadia kelam kabut berlaku...aku jadi tukang masak ala-ala pro...tujuan bukan lain, nak menyediakan hidangan untuk rombongan merisik adik perempuan ku yang bongsu...ganas giler aku ngan kakak sulungku memasak...macam cerita Charlie Chaplin pon ada...maklumlaa kitorang tak panggil sesapa...ala majlis merisik aje takkan beria-ia nak ngajak orang...majlis tunang or kawin lainlaaa...adik beradik aku yg lain ada gak tolong2. Terkejut beruk jugak laa aku bila tgk rombongan merisik tu kalah rombongan orang hantar pengantin...RAMAI BEBENOR!!!! Aku agak laa dalam 40 orang rasanya....adehhh apalaaa korang ni...aku letih tahap cipan malam tu...

Semalam pon ada gak peristiwa yang mengharukan...kedatangan mak saudara aku yang dah lama tak berkunjung dari Kelang...alahai...my buddy Nun pon ada gak datang beraya...aku pon berbalas laa kunjungan ke rumah dia, pastu kami sama2 berbondong ke rumah kakak aku di Bachok...perut aku plak dah masuk angin, sakit kepala berdenyut-denyut....dan, tepat pukul 9 malam di depan pintu pagar rumah kakak Nun di Kuala Besut aku muntah2 macam orang mengandung 2 bulan...kekekekeke!!! Spoil betul...sampai je rumah dalam kul 10.30 malam (amboiiii beraya sakan aku sampai malam2 buta)...aku tido tak sedar2 sampai ke pagi...dasattt!!!

Selamat Hari Raya semua, Maaf Zahir & Batin dari ku... (^_^)

Tuesday, August 10, 2010

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan Kareem...

Assalamualaikum...



Selamat berpuasa semua...gembiranya bila datangnya lagi bulan yang mulia dan penuh keberkatan. Syukur pada Allah s.w.t kerana dapat lagi bernafas dan berpuasa di bulan mulia ni. Selamat berpuasa kepada semua blogger-blogger dan kawan-kawan. Semoga puasa kita di bulan Ramadhan ini diterima oleh Allah hendaknya. Amin....

Biasa la kalau bulan puasa tak lari dari semangat untuk membeli juadah di bazar-bazar Ramadhan yang berdekatan dengan rumah masing-masing. Apa kata tahun ni kita kurangkan sedikit tabiat tu, bukan tak boleh langsung nak membeli juadah di luar tapi alangkah elok jika kita masak hidangan sendiri. Lebih seronok dan menjimatkan. Elakkan membazir...sepatotnya bulan puasa ni kita jalankan kempen jimat berjimat bukan kempen boros berbelanja. Betul tak?

Kalau yang mampu tu apa kata ajak kawan-kawan berbuka puasa di rumah masing-masing. Memasak dan menjamu orang yang berpuasa amat digalakkan dan besar fadhilatnya. Lagilah elok jika kita melahirkan perasaan belas dan membantu fakir miskin dan jua anak-anak yatim di bulan ini...ermmm, ingatan untuk diri sendiri juga. Yelaa...kadang-kadang kalau bercakap memang best, nak buat tu yang susah, semoga Allah sentiasa betulkan niat di hati dan tunjukkan jalan yang betul selalu.....Amin =)

Sunday, August 8, 2010

Wahhh Lamanya....

Assalamualaikum...

Wahh lamanya tak hupdate blog ni...maklum laa selalu sibuk bekerja...sekarang ni duduk kat Angullia Beach House Resort di Marang, Terengganu...sambil teman kawan-kawan menjalani program Kem Elit SPM bagi tahun 2010..aku tukang sibuk jek...aku punya turn untuk Kem Elit PMR dah habis 05-07 Ogos lepas..Tempat yang sama jugak...seronok jugak bersantai di tepi pantai sesekali..sambil lihat panorama alam yang indah ciptaan Allah. Syukur dapat kesempatan yang seperti ini....entah bila lagi dapat bersantai tepian pantai macam sekarang ni...maklumlaa selalu sibuk dengan urusan kerja dan peribadi...masa tidak membatasi....Allah dah bagi masa yang sesuai cuma kadang-kadang manusia tak pandai nak guna...last-last jadi sia-sia...insaf....insaf....


Sempat lagi dia ni berposing maut kat tepi pantai...huhuhu : D




Damainya pesisir pantai waktu pagi...

Chowww dulu..... =)

Thursday, July 15, 2010

Woishhh...Penat!

Assalamualaikum...

Huhuhu...aku ngantuk...sangat-sangat mengantuk sekarang ni...Aku sekarang berada di sebuah sekolah menengah di Marang. Jadi urusetia untuk Kem PMR peringkat daerah Marang...tugas sebagai urusetia takde laa berat sangat pon...cuma memantau perjalanan kem supaya lancar dan tiada masalah. Ramai jugak yang terlibat melibatkan beberapa fasilitator dari sekolah-sekolah yang terpilih. Lepas tu...bila jadi urusetia ni, dan masalah pon takde aku jadi bosan sampai mengantuk tahap gaban! Lepak-lepak kat bilik urusetia merangkap bilik ERT..aku di goda dengan kudapan yang best-best...hai makan je laa keje aku kat sini....hehehehe....

Meja makan...hehehe

Tuesday, July 13, 2010

Pagi Yang Biasa-biasa Jew...

Assalamualaikum...

Salam ceria hari Selasa...Good morning to all!!! Ceria-ceriakan diri anda. Wah! Macam happy sakan jew aku hari ni. Memang happy plus gumbira dan sensasi suasana pagi ni. Dah siap sarapan, buat sendiri tau...aku pon tak sangka yang aku boleh bawak bekal hari ni. Malam tadi siap-siap semua so, pagi ni panaskan aje...Macam best je kan kalau bawak bekal ke tempat keje, padahal aku masak telur goreng jek...hehehe =)

Ok, sarapan dah...kejap lagi nak pergi kelas. Hari ni semangat sikit. Tapi tak tau laa dah masuk kelas nanti, kot-kot semangat bertukar jadi moody plak...hehehe...Maklumla kena tengok dulu reaksi pelajar-pelajar dulu, kalau malas moody laa cikgu nanti...

Hari ni akan berlangsung Majlis Sambutan Israk & Mikraj di dewan sekolah. Tapi sambutan akan diadakan sebelah petang. Sesuai dengan waktu Ko-Kurikulum. Jadi, kelas tak terganggu laaa pagi ni.

Owhh...aku ada satu hal yang nak mengadu kat sini (mengadu??? sapa yang sudi dengar awak Hunny oiii!!)
Huhuhu...bulan ni gaji aku macam tak berapa cukup...banyak belanja yang mencurah-curah keluar...hutang kad kredit yang tak pernah tertangguh pon jadi tertangguh pulakkk! Sedeynyerr.....huk...huk...huk...
Ada sapa-sapa yang nak sponsor??

Sunday, July 11, 2010

Kampungku....

Assalamualaikum....

Haiyakkk!!Hehehehe...dah lama tak menulis dalam blog ni. Disebabkan keuzuran laptopku bercampur dengan kemalasan dan ditambah perisa dengan banyak kerja yang perlu dibereskan kat tempat kerja. Sekarang ni aku kat kampung. Kalau kat sini rasa seronok sikit nak online sebab ada 3G. Kalau kat Marang tu alamak!...macam kura-kura lomba dengan arnab laaa...line broadband kat sana ditahap boleh tutup kedai la...

Aku kat kampung sebab sekolah memohon cuti peristiwa, selepas dengan gembira dan jayanya kami mengadakan perkhemahan unit beruniform peringkat sekolah di Taman Rekreasi Pulau Kerengga. Best jugak laaa dapat berkhemah kat situ...ada pantai...ada pokok rhu...ada macam-macam...

So, hari ni aku kena balik semula ke Marang. Lepas Asar insyaAllah aku akan bertolak. Redup sikit. Huhuhu....tak puas rasanya nak lepak-lepak kat rumahku syurgaku ni...Makan durian tak puas lagi. Bukan ada dusun pon tapi beli kat kedai je...Ehh, rasa ngantuk la pulok! Macam nak tido balik rasanya...

Bye-bye (^_^)

Thursday, June 24, 2010

Hujan....

Assalamualaikum...

Malam ni aku kat kampung...setibanya di rumah petang tadi kakak ku mesej ajak pergi rumah dia makan ketam besar...jadi berbondong-bondong laaa isi rumah pergi tinggal aku sorang-sorang. Malas rasanya nak naik kereta nak ke Bachok. Dah laa aku dah drive dari Marang ke kampung...mak oii mau tercabut kaki rasanya...dalam kepala ingat nak baring jek...

So, keputusan aku untuk lepak sorang-sorang kat rumah sampai pagi esok tercapai juga. Isi rumah akan balik esok...Mak aiii boring laa plak kalau dok sorang-sorang macam ni...Macam-macam benda aku dah buat...sampai tak tido plak jadinya...hehehe =)

Tiba-tiba tadi hujan bukan main lebat. Dalam hati aku berdoa jangan laaa Ya Allah takde elektrik..aku bimbang jugak sebab kilat dan guruh bersilih ganti. Alhamdulillah...syukur...hujan dah semakin reda. Malam menjadi semakin dingin...Best kalau tido ni....

Dalam sehari dua ni aku tensi sebenarnya (hai tensi aje awak ni Hunny)...
Bukan aku nak ngada2 tensi tapi dah orang tensi kat aku...aku tensi laa balik kat dia...
Nasihat aku kepada orang tu...sudah2 lah nak cari pasal dengan aku yer...Thanks a lot sebab remove aku jadi fren dot dot dot kamoo...jadi dengan happy nama dot dot dot kamoo dah aku block pon kat account Facebook aku...jadi tak payah laa nak ngada2 buat dummy account FB plak...lepas tu dengan selambanya nak add aku jadi fren kamoo...so aku block jugak account tu...apa kess nak layan orang macam kamoo??

Wednesday, June 23, 2010

Luah Perasaan...

Assalamualaikum...

Nak luah perasaan...
Menyampah...
Menyampah...
Menyampah...
-
-
-
-
-
-
-
Menyampah...

Monday, June 14, 2010

Rindu Berkunjung...

Assalamualaikum kawan-kawan semua...

Rindunya..dah lama tak bukak dan update blog...sibuk dengan kehidupan seharian...hehehe...
Mesti ramai yang menghabiskan masa dengan keluarga cuti sekolah ni...best kan??
Sudah mencecah seminggu lebih menghabiskan cuti sekolah...kerja yang perlu dilaksanakan masa cuti ni macam terbengkalai je sebab seronok bercuti...hehehe =)

Baru semalam je aku balik dari raub melawat kawan lama zaman belajar dulu. Seronok betul bersua muka dan bertanya khabar. Kami menghabiskan waktu bersama dengan aktiviti wajib iaitu makan-makan. Thanks a lot pada Miss Zairin dan juga keluarganya kerana sudi menerima tetamu yang tak seberapa ni...Happy sangat sebab dapat pergi berkelah di Lata Jarum di Ulu Dong. Air kat situ sejuk betul sampai naik biru tangan kaki aku...hehehe...apa lagi dah jumpa air, aku berendam puas-puas...tak malu sebab takde orang sangat kat situ...
Balik je dari Raub aku demam sesema...huhuhu...penangan mandi air jeram yang sejuk tahap gaban!

Sunday, June 6, 2010

Musim Yang Tiba Lagi...

Assalamualaikum...
Selamat bercuti kepada semua pelajar-pelajar sekolah dan juga cikgu-cikgu walaupon ramai yang bertugas seperti biasa. Aku jek yang cuti panjang. Kawan-kawan jeles je sebab kena ngajar jugak time cuti...sabarlaahh...semuanya demi tugas kan?? Dalam cuti ni ada jugak yang perlu dibuat, banyak kertas peperiksaan pertengahan tahun yang perlu ditanda...Sambil menyelam minum air laa jawabnya...

Musim cuti tiba sekali dengan musim orang Malaysia kawin. Ada jugak yang buat kenduri aqiqah, nak melanjutkan pelajaran dan naik rumah baru..pendek kata masa cuti sekolah ni laa pulun buat keje besar...melihat kenduri sana-sini...rasa meriah sungguh suasana. Hari ni depan rumah aku pon kenduri jugak..jadi tak laku laa nasik dan lauk yang aku masak untuk family sebab semua nak makan nasi kat kenduri...takpe laa, biar aku habiskan semua...hehehe!  =)


Ni pon masa pergi kenduri rumah mertua adik kat Tanah Merah...sempat amik gambo lagi..hehehe.

Wednesday, May 19, 2010

Jujurlah Pada Diri Sendiri...

Assalamualaikum...
Hari ni jadual di sekolah agak padat. Alhamdulillah, cuaca yang sedikit redup melegakan perasaan. Semangat untuk mengajar sedikit bertambah walaupon ada jugak yang nakal dan malas membuat kerja sekolah...hati 'cikgu' hari ni cool je...malas nak marah-marah...bagi 'cubit-cubit sayang' je kat anak-anak didik....

Nak cerita pasal kejujuran hari ni...ramai yang mahu orang jujur pada mereka. Ramai dari kita benci orang yang hipokrit. Lagi menyampah kalau orang tu adalah orang yang rapat dengan kita...Tapi berapa ramai yang menilai kejujuran dalam hati masing-masing.. Bukan main pilih bulu, tak mahu berkawan dengan orang yang menipu rakan, tidak ikhlas dan jujur...tapi sudahkah diri sendiri dicermin...sejauh mana kamoo jujur pada diri sendiri dan orang disekitar kamu..???? Kalau kamoo pon suka bercakap berbelit-belit, kelentong sana sini tak payah laa bermegah-megah memilih kawan...bosan aku melihat perangai manusia macam ni....

Semoga Allah melindungi diri ku, kaum keluarga,saudara2 ku dan sahabat handaiku dari sifat hipokrit...Amin...

Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru...

Assalamualaikum...
Pertamanya ingin aku ucapkan Selamat Hari Guru buat semua guru di seluruh dunia terutama guruku yang pertama, kedua orang tuaku...jasamu dalam mendidik dan mengajar diri ini tanpa jemu amat bermakna.Pengorbanan ayah bonda dalam mendidik ku dalam mengenal erti kehidupan tidak dapat kubalas dengan apa yang ada di dunia ini...Terima kasih...

Keduanya aku ingin ucapkan Selamat Hari Guru buat bekas-bekas guruku di sekolah rendah (SRK Hamzah) dan menengah (SM Hamzah) yang sudi mengajarku mengenal huruf dan menilai mana yang baik dan buruk...Juga kepada bekas-bekas pensyarahku yang bijaksana dalam menjalankan tugas...Tak dapat aku nyatakan nama kalian semua kerana terlalu ramai namun kutitipkan doa agar guru-guruku ini akan sentiasa diberkati hidupnya oleh Allah S.W.T. Jasa kalian amat besar, hanya Allah yang mampu membalasnya....

Ketiganya aku ingin ucapkan Selamat Hari Guru buat semua rakan-rakan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam bidang Keguruan ni...marilah kita bersama-sama berganding bahu mencurahkan bakti pada anak-anak yang dahagakan ilmu. Kasihi lah anak-anak didik kita kerana sesungguhnya itulah yang dituntut dalam agama. Jangan ada pilih kasih, jangan ada perasaan dendam dan benci, jangan ada rasa sesal dalam menjalankan tugas...Tugas guru adalah amanah dari Allah kepada kita...alangkah bertuahnya kita, dikalangan manusia kita dipilih menjadi guru oleh Allah S.W.T...pekerjaan yang paling mulia di dunia....

Sambutan Hari Guru di SMK Seri Serating berlangsung dalam suasana yang meriah namun sederhana...Seronok rasanya kerana dapat meraikan bersama rakan-rakan dalam suasana muhibah dan harmoni...Merapatkan silaturrahim sesama rakan sekerja...Rasa seronok bertambah bila dapat tengok persembahan dikir barat dari pelajar2 SMK Seri Serating. Terpegun dengar nyanyian Cikgu Nuar dan Cikgu Kassim, dua guru lelaki paling handsome kat sekolah tu...Merdu sungguh suara mereka mendendangkan lagu Tobat Maksiat...Fuhh...boley cair hati gadis-gadis yang mendengarnya...hehehe...

Lagi seronok bila aku dianugerahkan "Guru Perempuan Paling Ceria" oleh pelajar-pelajar ku...Yang kategori lelaki dianugerahkan pada Cikgu Kassim...tak sangka dalam garang-garang aku ni diorang boleh cakap aku ceria...Tak tahu bila diorang buat undian...Buat guru-guru diluar sana...senyumlaa selalu pada pelajar kita...jangan sempadankan diri anda dalam mendekati pelajar dan menjalankan tugas...Barulah dapat anugerah macam aku ni...hehehehe...

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA
Selamat Hari Guru (^_^)

Saturday, May 8, 2010

When I Look At You....

Everybody needs inspiration,
Everybody needs a song
A beautiful melody
When the nights so long

Cause there is no guarantee
That this life is easy...

Yea when my world is falling apart
When there's no light to break up the dark
That's when I, I...
I look at you

When the waves
Are flooding the shore and I can't
Find my way home anymore
That's when I, I...
I look at you

When I look At You I see forgiveness
I see the truth
You love me for who I am
Like the stars Hold the moon
Right there where they belong
And I Know I'm Not Alone.

Yea when my world is falling apart
When there's no light to break up the dark
That's when I, I...
I look at you

When the waves
Are flooding the shore and I can't
Find my way home anymore
That's when I, I...
I look at you

You appear just like a dream to me
Just like Kaleidoscope colors that
Cover Me, All I need every
Breath that I breathe don't you know
You're beautiful...

Yea Yea Yea

When the waves
Are flooding the shore and I can't
Find my way home anymore
That's when I, I...
I look at you
I look at you

Yea Yea Oh OH OH

And you appear Just like a dream
To me.



**Suka sangat lagu Miley Cyrus ni... (^_^)

Sunday, April 25, 2010

Capek Sekali..

Assalamualaikum...

Aduhh...panas banget...cuaca nyer hot...aku ni yang memang dah asalnya puteri lilin dah makin cair kepanasan...hehehehe...
Keje takde laa banyak tapi sebab panas..capek sekali rasanya..kapan mau sihat dan cergas ni?....
Cuaca memang panas sekarang ni...anugerah Allah semuanya...syukur...

Wednesday, April 14, 2010

Lama Tak Citer Pasal Ni...

Assalamualaikum...

Dah lama tak bercerita pasal aktiviti di SMK Seri Serating...semalam baru saja bermula latihan pertama untuk pertandingan kawad kaki antara unit-unit beruniform...sebagai salah seorang guru penasihat Kadet Bomba, secara langsung aku pon terlibat juga...Kadet Bomba merupakan pasukan yang paling ramai ahlinya kat sekolah ni...tak tau kenapa jadi macam tu...ramai minat nak jadi bomba kot...hehehe
Walaupun demam tak berapa nak kebah lagi masa ni...aku gagahkan juga bersama dengan kadet2 dan guru2 penasihat untuk memberi sokongan dan nasihat... =)

Ahli-ahli Kadet Bomba Lelaki

Bersama Jurulatih dari Bomba Marang

Korang boleh tengok kan keadaan cuaca dalam gambar kat atas tu...masa tu dalam pukul 3.30 petang. Memang panas bebenor sampai mata aku pon berpinar masa ni...dalam hati kesian jugak kat pelajar-pelajar yang berpeluh-peluh membuat latihan kawad...ada yang ngadu jurulatih tu garang...tu laa kalau cikgu ni korang buat tak tau je...hehehe...
Hari ni balik je dari sekolah aku belek muka ni...boleh tahan jugak kaler kulit aku..merah!...dah jadi macam topeng pulak kat muka ni...nasib baik tak hangus macam arang.

Hari ni demam dah kebah...syukur...Alhamdulillah...demam tu bagus untuk menginsafkan kita kan? =)

Tuesday, April 13, 2010

Sunyi Sepi Malam Ini...

Assalamualaikum...

Masa aku taip entri ni, jam menunjukkan ke pukul 12.52...hai lewat sungguh aku tido malam ni...seluruh alam kat perumahan ni dah sunyi sepi...bunyi cengkerik je...
Dah beberapa minggu berlalu semenjak aku tido lewat macam ni...biasanyer tido awal...
Hari ni demam sikit...penat sungguh rasa tubuh ni...panas semacam je...mungkin terlalu banyak tekanan kat tubuh dan mental aku yang semakin 'mental' ni...hehehe...cuaca yang sangat panas sekarang ni mungkin pon salah satu sebab aku tiba-tiba demam...Ye laa semalam lepas je sekolah aku berkejar-kejar pergi servis kereta...tinggalkan kereta kejap kat bengkel aku pergi merayap dengan kawan cari baju untuk pasukan koir sekolah...bila sampai rumah...dah dekat maghrib...masa tu aku dah rasa tubuh dah tak selesa...lemah semacam je...

Mata aku ni segar laa plak, ni bahana tertido lepas maghrib tadi secara tidak sengaja. Lepas je makan ubat...aku terus lena..terkejut bila ada kawan yang mesej ajak semayang...hehehe...Lepas tu mula buat kerja yang memang tak siap-siap dari minggu lepas...ada lagi tu...tapi aku tolak tepi dah sebab mata dah berpinar tengok tulisan yang berbelit-belit...Ni dah dikira lebih makan ubat..sebab tu tak mau tido...hehehe...

Selamat malam semua blogger...rindunya nak blogwalking macam dulu...insyaAllah bila semua kerja dah siap...kekangan masa dah kurang...boleh laa sambung aktiviti tu...