Kawan-Kawan

Powered By Blogger
Showing posts with label cuti. Show all posts
Showing posts with label cuti. Show all posts

Sunday, July 11, 2010

Kampungku....

Assalamualaikum....

Haiyakkk!!Hehehehe...dah lama tak menulis dalam blog ni. Disebabkan keuzuran laptopku bercampur dengan kemalasan dan ditambah perisa dengan banyak kerja yang perlu dibereskan kat tempat kerja. Sekarang ni aku kat kampung. Kalau kat sini rasa seronok sikit nak online sebab ada 3G. Kalau kat Marang tu alamak!...macam kura-kura lomba dengan arnab laaa...line broadband kat sana ditahap boleh tutup kedai la...

Aku kat kampung sebab sekolah memohon cuti peristiwa, selepas dengan gembira dan jayanya kami mengadakan perkhemahan unit beruniform peringkat sekolah di Taman Rekreasi Pulau Kerengga. Best jugak laaa dapat berkhemah kat situ...ada pantai...ada pokok rhu...ada macam-macam...

So, hari ni aku kena balik semula ke Marang. Lepas Asar insyaAllah aku akan bertolak. Redup sikit. Huhuhu....tak puas rasanya nak lepak-lepak kat rumahku syurgaku ni...Makan durian tak puas lagi. Bukan ada dusun pon tapi beli kat kedai je...Ehh, rasa ngantuk la pulok! Macam nak tido balik rasanya...

Bye-bye (^_^)

Monday, June 14, 2010

Rindu Berkunjung...

Assalamualaikum kawan-kawan semua...

Rindunya..dah lama tak bukak dan update blog...sibuk dengan kehidupan seharian...hehehe...
Mesti ramai yang menghabiskan masa dengan keluarga cuti sekolah ni...best kan??
Sudah mencecah seminggu lebih menghabiskan cuti sekolah...kerja yang perlu dilaksanakan masa cuti ni macam terbengkalai je sebab seronok bercuti...hehehe =)

Baru semalam je aku balik dari raub melawat kawan lama zaman belajar dulu. Seronok betul bersua muka dan bertanya khabar. Kami menghabiskan waktu bersama dengan aktiviti wajib iaitu makan-makan. Thanks a lot pada Miss Zairin dan juga keluarganya kerana sudi menerima tetamu yang tak seberapa ni...Happy sangat sebab dapat pergi berkelah di Lata Jarum di Ulu Dong. Air kat situ sejuk betul sampai naik biru tangan kaki aku...hehehe...apa lagi dah jumpa air, aku berendam puas-puas...tak malu sebab takde orang sangat kat situ...
Balik je dari Raub aku demam sesema...huhuhu...penangan mandi air jeram yang sejuk tahap gaban!

Thursday, April 1, 2010

Kerja 7 Hari Seminggu

Assalamualaikum...
Minggu ni tak sempat nak update blog...nak blogwalking...sebab terlampau bz (ye ke ni?...kekeke)
Memang aku bz sikit campur dengan penat dgn macam2 program dan aktiviti...
Mulai esok saja aku kena pergi kursus dari pagi sampai petang selama 3 hari berturut-turut..jawabnya minggu ni saja aku kerja 7 hari seminggu...*sigh*...kursus org keje kerajaan dan pekerja bawahan mcm aku ni takde ler tempatnya di hotel2 yer...boleh tido bilik ekon, ada katil tebal...makan sedap2...kursus aku ulang alik hari2 dari rumah ku yang boley dikatakan jauhhh laaa jugakkk utk sampai ke destnasi...huhuhuh (T_T)...

Tapi aku ni kena laa pergi jugak walaupon byk komplen...dah keje kan...turut je laaa perintah walaupon cuti ku telah diragut dari ku...huhuhu....

Thursday, March 4, 2010

Nak Makan Apa?

Assalamualaikum...
Hari ni seluruh negeri Terengganu cuti sempena keputraan Sultan Terengganu...ermm...panjang laa sikit cuti aku, ye laa sambung terus Jumaat and Sabtu jadi tiga hari. Mula-mula aku ingat nak balik kampung tapi disebabkan ada beberapa halangan jadi aku ambik keputusan stay aja laa kat sini. Housemate awal-awal lagi dah balik Selayang, tinggal aku je laa dok menghadap tv (bukak je..tgk sekali-sekala je) dan komputer ni. Bangun pagi-pagi (pagi ke? kekeke!!)..aku jenguk laaa dapor, bukak refrigerator...check punya laa check...apa pon takde except roti yang dah seminggu dok dalam tu...so kacau kopi segera je laa..sedih tol...huhuhu!!!

Sekarang dah nak masuk tengahari...malas betul nak kuar sebab cuaca panas sekarang ni...dalam hati bercadang nak pegi makan sizzling mee kat Kuala Terengganu...jauh tol!!...ye laa dekat umah aku ni mana ada kedai sizzling...so ini plan aku for today...aku ingat nak pegi makan...lepas tu gi shopping barang-barang dapor sikit...lepas tu aku ingat nak merayap kedai batik dekat bandar..maybe kat Pasar Payang...ermm lepas tu apa lagi ye? Ok, aku rasa nak pegi cari tudung dalam selai 2...cukup laa...tak nak beli banyak2...lepas tu nak balik dan memerap sampai esok...huhuhu....

Batik sutera yang aku nak beli ni sebenarnya bukan untuk diri sendiri tapi untuk kakak aku. Dia yang beria2 nak. Tapi kena guna duit sendiri dulu...huhuhu...nanti kena confirm kaler apa dia nak. Mula-mula aku ingat nak pegi ke Arfa batik coz dekat je dgn umah, kat Chendering...so aku tanyalaaa kenkawan kat sekolah mcm mana rega kat Arfa yang glamer tu...aku pernah pegi dulu tapi lupa plak rega2 kat situ...kenkawan aku cakap sesetengah batik sutera kat situ mahal sikit. Maybe sebab rekaan dia exclusive dari tempat lain...tak tau laaa. So...one of my fren, Fadhlina cadangkan pegi kat kedai baru berhampiran dengan stesen bas Kuala Terengganu...dia pon bagi laaa pelan...aku iya kaa aje walaupun agak blur nak baca pelan tu...hakikatnya...walaupun dah setaun lebih kat sini...aku masih tak berapa ingat sesetengah jalan... =)