Kawan-Kawan

Powered By Blogger

Sunday, March 14, 2010

Musim Kawin

Assalamualaikum...
Cuaca hari ni cerah berseri jek...elok sangat laaa kalau buat kenduri ye...Hmm, dah cuti sekolah ni macam biasa laaa, akan bermulanya musim masyarakat Malaysia berkahwin...hehehe..

Gambo dari pakcik Google...
Tiada kena-mengena dengan tuan punya blog

Baru semalam aku pergi kenduri kawin, cantik betul dapat ole-ole dari pengantin...orang Kelate panggil 'sisa'...tapi aku pegi kenduri kat Terengganu, tak tau laaa kat sana diorang panggil apa...
Balik kat rumah pon ayah aku cakap dia banyak dapat undangan kenduri, sampai 2-3 dalam satu hari...
Memang meriah betul laaa cuti ni, sana-sini ada kenduri...

Dalam kemeriahan mengadakan majlis perkahwinan, pada pemerhatian aku ramai daripada kalangan kita yang bermewah-mewah. Memang laaa akan ada yang cakap "saya mampu"...Tapi alangkah eloknya jika kita menurut apa yang dianjurkan Islam, tidak membazir dan bermegah-megah...Yang penting sama-sama kita berharap dan berdoa supaya pengantin mendapat keberkatan dari Allah dalam menjalani kehidupan berumahtangga selepas itu dan perkahwinan itu kekal hingga ke akhir hayat... =)







Monday, March 8, 2010

Rambut Ohh Rambut...

Assalamualaikum...
Lawak plak rasanya bila ingat kisah malam tadi..aku nak tulis laa entry pasal rambut aku...blom apa2, baru siap tulis title tetiba laptop ni jadi blank kejap and aku dapati entry tu telah aku publish secara tidak sedar....so, adalaaa sorang dua peminat a.k.a silent reader blog ni bertanya... (peminat??? koya pulak tuan punya blog ni....kekeke)...diorang tanya napa ada title jek, mana pegi isi kandungan...dengan muka selamba aku wat2 tak paham...(malu sebenornya...huhuhu...)

Sebenarnya semalam aku nak citer rambut aku ni dah panjang bebenor...mengerbang macam rambut maya karin dalam citer hantu tu...heeheee...bukan rupa macam dia, rambut jek! Rambut ni nasib baik tak terbakar masa aku nyalakan dapor gas...mula2 aku klik2 nak nyalakan api, tak bernyala plak, aku tunduk sket sebab nak tengok lebih dekat sambil tangan dok klik2...rambut pulak tak ikat...mengerbang jek....tiba2 walla!!! dapor tu nyala...sempat laaa aku melompat dan menyelamatkan mahkota kepala aku ni...kalau tak botak maaa.... =)

Saturday, March 6, 2010

Kenapa Nak Ucap Rindu?

Assalamualaikum...

Kenapa nak ucap rindu?
Pada yang memang pasti merinduimu...
Kenapa nak ucap rindu?
Jika ucapan itu bakal melekakanmu...
Kenapa nak ucap rindu?
Pada yang pasti bukan lagi milikmu...
Kenapa nak ucap rindu?
Jika itu salah dalam peganganmu...
Kenapa nak ucap rindu?
Pada dia yang memang didepanmu...
Kenapa nak ucap rindu lagi?
Jika itu sudah berkali-kali kau ucapkan...

Jangan sampai orang..................
 

Hehehe...saja jek letak entry atas tu...boring sebenarnya. Takde nak buat apa2 pon petang ni. Tengok tv takde yang menarik pon...cerita hentah apa2...
Sebenarnya dalam boring aku dok pikir-pikir laaa pasal kapel2 muda ni...



Ucapan rindu tu selalu terucap dibibir pada yang tersayang...
Bukan aku nak mengata pada yang tengah berkapel tu...cuma kalau boleh kurang2 kan laaa guna ayat2 jiwang kat orang yang tersayang...bimbang melekakan dan hati kita hanyut oleh dorongan nafsu...betol tak?
Lebih elok kita simpan rasa rindu tu dan luahkan pada orang tersayang selepas alam perkahwinan...lagi berkat dan dituntut oleh agama...kan??

Friday, March 5, 2010

Nak Makan Apa? - 2


Assalamualaikum...
Tensi...tensi...nak makan pon kena pikir ke??...hari ni pagi2 kawan aku Shuk, anto msg ucap gud morning...awal bebenor, dah mandi ke blom agaknya mamat tu...mak oiii malasnya aku bangun...sori Shuk, bukan tak nak jawab msg tu tapi ngantuk maaa...hehehe...kul 9 lebih dia msg lagi...terpaksa laaa aku bangun jugak walaupun hatiku berkata-kata.. "tido nida...tido"...So bila dah bangun, siap mandi aku bukak laaa peti ais, ok, dah beli semua barang dapor yang perlu, bleh laa masak tapi...alamak ada 'tapi' pulak...aku jadi blur nak masak apa sebab dah lama tak masak...hehehe...Alih2 aku amik buah berangan sejuk yang aku beli masa shopping semalam dengan susu segar rendah lemak...diulangi...rendah lemak!!...nak jaga badan kunun.... =)

Lepas tu bukak YM...chat ler dgn Fena, tiba2 dia ajak pegi ke Bukit Payong, ada pesta katanya... Datuk Shahrizat yang datang...bagi nak ilangkan boring, aku setuju...so petang ni lepas asar aku akan keluar....

Ok, semalam aku citer nak gi kedai batik sutera kan...tak jadi ler coz kakak aku msg and cakap dia nak datang next week for holiday. So, biarlaaa dia yang datang dan beli sendiri...Semalam aku gi layan kehendak aku je laa..sempat laaa singgah kat Ariani Kuala Terengganu for the first time..dapat tangkap 3 helai tudung...kopak purse aku...huhuhu

Ini laa tudung yang dirembat dari kedai Ariani...
Mak aihh..buruk bebenor cadar tu dalam gambo...kekeke

Thursday, March 4, 2010

Nak Makan Apa?

Assalamualaikum...
Hari ni seluruh negeri Terengganu cuti sempena keputraan Sultan Terengganu...ermm...panjang laa sikit cuti aku, ye laa sambung terus Jumaat and Sabtu jadi tiga hari. Mula-mula aku ingat nak balik kampung tapi disebabkan ada beberapa halangan jadi aku ambik keputusan stay aja laa kat sini. Housemate awal-awal lagi dah balik Selayang, tinggal aku je laa dok menghadap tv (bukak je..tgk sekali-sekala je) dan komputer ni. Bangun pagi-pagi (pagi ke? kekeke!!)..aku jenguk laaa dapor, bukak refrigerator...check punya laa check...apa pon takde except roti yang dah seminggu dok dalam tu...so kacau kopi segera je laa..sedih tol...huhuhu!!!

Sekarang dah nak masuk tengahari...malas betul nak kuar sebab cuaca panas sekarang ni...dalam hati bercadang nak pegi makan sizzling mee kat Kuala Terengganu...jauh tol!!...ye laa dekat umah aku ni mana ada kedai sizzling...so ini plan aku for today...aku ingat nak pegi makan...lepas tu gi shopping barang-barang dapor sikit...lepas tu aku ingat nak merayap kedai batik dekat bandar..maybe kat Pasar Payang...ermm lepas tu apa lagi ye? Ok, aku rasa nak pegi cari tudung dalam selai 2...cukup laa...tak nak beli banyak2...lepas tu nak balik dan memerap sampai esok...huhuhu....

Batik sutera yang aku nak beli ni sebenarnya bukan untuk diri sendiri tapi untuk kakak aku. Dia yang beria2 nak. Tapi kena guna duit sendiri dulu...huhuhu...nanti kena confirm kaler apa dia nak. Mula-mula aku ingat nak pegi ke Arfa batik coz dekat je dgn umah, kat Chendering...so aku tanyalaaa kenkawan kat sekolah mcm mana rega kat Arfa yang glamer tu...aku pernah pegi dulu tapi lupa plak rega2 kat situ...kenkawan aku cakap sesetengah batik sutera kat situ mahal sikit. Maybe sebab rekaan dia exclusive dari tempat lain...tak tau laaa. So...one of my fren, Fadhlina cadangkan pegi kat kedai baru berhampiran dengan stesen bas Kuala Terengganu...dia pon bagi laaa pelan...aku iya kaa aje walaupun agak blur nak baca pelan tu...hakikatnya...walaupun dah setaun lebih kat sini...aku masih tak berapa ingat sesetengah jalan... =)

Saturday, February 27, 2010

Jalan-jalan...

Assalamualaikum...hari ni aku kat kampung. Ingat nak jalan-jalan ke butik tudung Ariani. Aku tak pernah lagi jejak kaki ke kedai tu. Dengar citer bley tahan jugak la rega tudung kat situ. Biasanya tudung mcm Ariani ni aku tempah jugak dengan kawan sekolah. Ada jugak yang aku beli kat kedai biasa mcm jenama sofi, z and z. Cuma kali ni ingat nak terai kat Ariani plak. Nak cari warne yg matching dgn baju baru ku. Baru je siap...hehe..

Wednesday, February 24, 2010

Dah Lama Dah....

Assalamualaikum....
Alhamdulillah hari ni debaran sukan tak ler ketara sangat coz umah sukan aku kalah terukk beb....kekeke!!
Muka aku ni pon dah tuko kaler dari sawo matang kepada sawo legam...Lega jugak sebab pengetua benarkan acara dimulakan pada waktu pagi, mengikut perancangan patutnya bermula petang tapi memandangkan terlampau banyak acara, takut plak balik pukul 7 maka dengan senang hati pengetua membenarkan diadakan waktu pagi....Cuma tinggal esok aje untuk acara kemuncak. Moga-moga esok bleh balik awal coz aku nak balik kampung....walla weeeyyy!!!

Berbalik pada tajuk utama...haii...dah lama dah aku dok mencari-cari buku untuk bacaan. Buku Dear John masih tak jumpa2 lagik...Mana laaa nak aku cari kat Terengganu ni. Kadang-kadang tensen jugak bila benda yang dicari takde. Rasa nak terbang je ke Key Ell...ececehh...koya je lebih...hehehe....

So, kalau ada laaa sesapa yang nak suggest buku untuk bacaan....bleh laaa bagitau aku...tapi jangan laaa yang berat-berat, tak larat den nak pegang...hehehehe...