Assalamualaikum, hari ni kebanyakan cikgu SMK Seri Serating stress je. Muka serius semacam je termasuk laaa aku. Hehehe... Bukan apa, guru-guru kat sini kebanyakkannya memang dedikasi. Masing-masing serius sebab banyak keje yang perlu disiapkan. Musim peperiksaan dah bermula. Pelajar-pelajar Form Five dah semakin tekun dengan kelas intensive masing-masing. Aku pun terlibat sama dalam program SPM ni walaupun aku tak ngajo tingkatan 5. Pelajar-pelajar tingkatan lain plak asyik cari cikgu aje, nak tanya soalan yang bakal keluar la tu. Sorry my dear students, takkan terbocor soalan tu.
Cikgu Zunie sibuk je hari ni, sampai nak berborak pun tak sempat. Mengejar due date yang banyak sekali. Kesian dia. Masa ni jugak la kebanyakan cikgu dapat surat berkursus dan mesyuarat termasuklah aku. Masa mesyuarat semalam, pengetua dah ingatkan awal-awal tugasan guru semasa SPM berjalan dan dia akan panggil guru-guru pada tarikh yang berkenaan. Siap cakap kat aku, kalau dia call, aku kena ready datang Terengganu. Okey Boss!
Hai dok bersembang je, keje dah siap ke blom??
Namun begitu, kesibukan tak pernah halang antara kami beramah mesra. Baru suasana stress jadi lega dan masing-masing dapat bernafas dengan tenang. Aku baru je balik ni, ermm macam orang keje pejabat jugak. Teringat dulu ada sorang mamat ni, aku jumpa dia dalam bas. Mamat ni pernah cakap kat aku, "Seronok jadi cikgu ye, balik keje awal, banyak cuti"... Kat mana dia sekarang ni ye??
No comments:
Post a Comment