Kawan-Kawan

Saturday, October 24, 2009

Indahnya Pantai Kelulut


Hari ni cuti, aku rehat kat rumah saja. Tapi esok kawan-kawan nak adakan pot luck. Menu utama rojak. Aku volunteered untuk beli nenas, so bergegas lah aku ke Marang. Tension jugak sebab sepanjang perjalanan tak ada pun orang jual nenas. Bila dah sampai ke pasar, tanpa tengok kiri kanan aku terus beli nenas dekat gerai pertama yang aku nampak. Bila masuk dalam kereta, aku tengok nenas tu macam tak masak lagi. Aduhh!! Hentam sajalaaa labu...Aku bab-bab beli buah ni lemah sikit. Sebab jarang ke pasar.

On the way balik rumah melalui Pantai Kelulut, aku toleh ke arah laut. Buat pertama kalinya aku baru perasan betapa cantiknya Pantai Kelulut, menghadap Pulau Kapas yang terasa begitu dekat di pandangan mata. Dekat beratus kali dah aku lalu jalan ni, aku tak endah pun pemandangan cantik pantai tu. What an unobservant person I am. Pantai ni memang indah tapi tak boleh lah nak mandi manda sebab kawasan pesisir airnya bahaya. Menurut kawan aku banyak kawasan pasir jerlus. Tapi aku tak pasti betul ke tidak. Tapi memang Pihak Majlis Daerah Marang letakkan notis Dilarang Mandi. Nanti nak ajak member la makan sotong goreng celup tepung kat Pantai Kelulut!

No comments:

Post a Comment