***Kali ni aku nak bercerita tentang novel kegemaran aku, Salju Sakinah. Best ceritanya. Sarat dengan elemen-elemen dakwah dan kerohanian. Walaupun ada selitan "bunga-bunga" cinta tetapi pengarangnya, Zaid Akhtar amat bijak mengadun unsur-unsur cinta dengan elemen dakwah. Jadi baca novel ni bukan untuk bacaan semata-mata. Ambil pengajaran tentang persoalan keagamaan yang dititipkan dalam ceritanya. Ini ada aku letakkan sinopsis novel ni...
Sumayyah ialah watak utama dalam novel ini. Dia seorang gadis yang dipandang tinggi di kalangan sahabat-sahabatnya dan petah berbicara, bijak berforum. Kepulangan ke Malaysia adalah saat yang paling dinanti-nantinya, namun dia terkilan kerana tak dapat menatap wajah ayahnya yg pergi menyahut seruan Ilahi. Di samping berusaha meneruskan perniagaan kerepek arwah ayahnya, dia juga membuat membantu dalam usaha menebarkan dakwah di kampung. Namun, manusia tidak dapat lari dari ujian termasuklah Sumayyah. Sebagai gadis muda yang belum berumahtangga, Sumayyah tidak dapat menepis api fitnah dari tetangga. Ini sedikit sebanyak memberikan kesan kepada perusahaan kerepek yang diwarisi dari arwah ayahnya. Disebalik semua dugaan itu, ramai lagi yang memandang tinggi dan percaya pada kejujurannya. Sumayyah tetap bersabar menghadapi karenah manusia yang kadang kala membingungkan. Tambah hebat lagi apabila kak long dan abang iparnya terlibat dengan ajaran sesat Tok Ayah. Kak ngahnya pula menangisi permergian tunang tersayang ke rahmatullah. Ujian datang bertimpa lagi apabila mendapat tahu dia gagal dalam peperiksaan dan terpaksa mengulang semester di universiti. Dia malu kerana selama ini dipandang tinggi oleh kawan-kawannya. Dengan sedikit ketabahan dia terbang ke Jordan demi menebus kegagalan. Di sanalah cintanya yang menanti berbunga kembali...bersama Naufal, Sumayyah bahagia dalam ijab kabul yang menyatukan mereka...
Assalammualaikum wrt wbt ...
ReplyDeleteAkak ada buku ni, dah baca dah. Cik abe hadiahkan ... ;)
memang best ....