Kawan-Kawan

Saturday, October 31, 2009

Asam Pedas...Umphh!!

Assalamualaikum, aku ni memang suka kalau bab masak memasak ni. Walaupun aku dalam kategori yang tak pandai masak tapi aku cukup minat baca resepi orang...hehehe. Baca ajela. Tapi jarang test kat rumah. Satu sebab, tak cukup masa lapang dan sebab paling 'cool', malas...Oppss! Aku baru je surf tadi kat segmen resepi di Resepi.ILuvislam.com. Nama masakan tu Asam Pedas Selatan Special. Rasa nak try je walaupun aku tak makan sangat asam pedas ni tapi ayahanda kat kampung memang minat betul. InsyaAllah balik nanti anakanda buat ye...


Bahan-bahan :
1 ekor ikan terubuk
1 biji tomato
3 biji terung bulat
15 biji cili kering
1 inci kunyit hidup
1 camb minyak untuk menumis
1 labu bawang besar
3 ulas bawang merah
garam, gula dan serbuk perasa(jika suka)
daun kesum (bahagi 2 bahagian)

Cara-cara memasaknya:
1.Mesin cili kering, bawang besar, kunyit, tomato, daun kesum.
2.Panaskan minyak, tumis bawang merah sampai kuning.
3.Masukkan semua bahan yang di mesin tadi, biarkan mendidih selama 5 minit. 4.Masukkan ikan terubuk yang sudah di bersih dan dipotong. masukkan pula terung bulat yang dipotong, biarkan mendidih beberapa ketika. masukkan garam, gula, dan serbuk perasa (jika suka) biarkan mendidih, masukkan daun kesum. biarkan mendidih dan bangkit baunya. hidang kan dalam pinggan bujur.

No comments:

Post a Comment