Kawan-Kawan

Powered By Blogger

Sunday, November 1, 2009

A Trip to Kemaman...

Assalamualaikum, ya Allah penat betul hari ni. Aku baru je balik maghrib jap tadi selepas satu hari suntuk round Kemaman. Today, aku and my geng, beberapa orang cikgu Form 3 telah buat satu trip ke Kemaman. Ni lagi satu projek selepas PMR yang kitorang rancang, Alhamdulillah, dengan izinNya dapat gak pergi. Kami bertolak dalam pukul 9 dari SMK Seri Serating, naik bas Penjara Marang, bukan bas banduan ye. Bas untuk pegawai penjara. Biasa la kalau dah isteri bos penjara tu ngajo kat sekolah aku plus ramai anak-anak pegawai penjara belajar situ, so mudahlah kami pinjam bas untuk ke mana-mana.

Lawatan kami yang pertama ialah ke TATi University College kat Teluk Kalong, Kemaman. Kami disambut mesra oleh oleh warga TATiUC dan dibawa melawat ke bengkel-bengkel pelajar engineering. Ternganga jugak ler budak-budak tengok mesin yang besar macam gajah. Hehehe...Selepas tu kami dijamu makan tengahari, nasi minyak. Terima kasih banyak-banyak warga TATiUC. Gambar nanti upload kemudian. Malas nak gi ambik kamera. Tak larat weii...

Lepas tu kami ke Kemaman Supply Based, kami di beri penerangan oleh pegawai perhubungan di sana. Lega dapat tengok slide show dalam air-con. Cuaca tengahari tadi agak panas. Huda, my friend dah mula sakit kepala. Kesian dia. Tapi Cikgu Hamdan memang bersemangat betul nak tengok kawasan pelabuhan. Yang bestnya masa nak balik kami dibekalkan dengan nasi ayam. Save budget makan lagi. Baik hati betul orang-orang kat Kemaman ni.


Ni la kawasan pelabuhan kat Kemaman Supply Based.
Ambik kat website diorang.

Masa nak balik Cikgu Hamdan yang bersemangat tu ajak pergi Zoo Mini pulak. Aku and other friends setuju je la. Sebab dia bersungguh nak tengok monyet kat zoo tu. Best friend dia kot. Hehehe...Kami round satu zoo sampai aku rasa turun ler 1-2 kilo berat badan ni. Budak-budak excited je dapat tengok beruang dengan memerang. Satu lagi dibantainya ramai-ramai melompat di jambatan gantung kat zoo tu. Kecut perut cikgu, sakit tekak dok menegah. Bukan apa teringat peristiwa heboh satu Malaysia, jambatan gantung yang runtuh baru-baru ni. Setelah penat pusing zoo, kami pun bertolak balik tapi sempat lagi singgah makan nasi ayam dekat pantai.

No comments:

Post a Comment