Kawan-Kawan

Powered By Blogger

Thursday, November 19, 2009

Perpisahan...

Setiap Pertemuan itu Pasti akan ada Perpisahan...
**Assalamualaikum, hari ini adalah hari terakhir persekolahan. Hari yang sibuk bagi kebanyakan guru sebab masa ni la juga kena hantar macam-macam laporan kepada pihak pengurusan. Namun, hari ini juga hari yang terakhir kami bersama dengan seorang guru media yang berdedikasi, Puan Shamshina Aminuddin. Kak Sham terpaksa berpindah ke Kajang kerana mengikut suaminya yang dihantar bertugas di penjara Kajang. Macam tu la kalau dah jadi isteri pegawai penjara ni. Selalu kena follow suami yang dihantar bertugas ke merata tempat di seluruh Malaysia. Jadi guru-guru ada la menyediakan jamuan ringkas. Jamuan dibuat secara kecil-kecilan saja memandangkan berita pertukaran datang secara mengejut. Jadi tak dapatla nak buat besar-besaran. Kepada Kak Sham, saya ucapkan selamat bertugas ditempat yang baru. Insyaallah, semoga kita dapat berjumpa lagi di masa hadapan, mana tau terserempak kat Kota Bharu cuti sekolah ni...boleh lah main air banjir sama-sama...hehehe..



Pengetua menyampaikan cenderahati kepada Kak Sham




Tekunnyer korang ni kalau depan pengetua...Kak Tengku
nak jadi photographer ke??

No comments:

Post a Comment