Kawan-Kawan

Powered By Blogger

Wednesday, December 30, 2009

Azam Tahun 2010...

Assalamualaikum...
Susah betul nak online kat umah sewa aku ni. Line broadband ni memang menyedihkan. Tension betul kena tunggu depan laptop ni. Ni yang malas nak update blog ni...
Hari ni aku buat aktiviti yang keluarkan peluh...sapu laman rumah dan menyental dinding bilik air.
Penat giler, sampai melecet tangan ni. Hah! Penat-penat gini la yang membuatkan aku malas buat keje-keje macam ni. Hehehe...alasan!! Tubuh pun dah makin bulat sebab tak banyak bergerak.
Ermmm...tahun baru 2010 bakal menjelma. Aku memang nekad nak kuruskan badan. Bukan sebab nak cantik aje...nak sihat sekali. Takut plak bila dengar ader kawan-kawan yang kena darah tinggi dan kencing manis. Padahal umur tak sampai lagik 30 tahun pun.
Kakak aku sibuk suruh beli mesin senaman...hehehe. Yelaa, kalau nak jogging kat tempat aku ni segan sikit. Apa plak orang kampung cakap. Tercungap-cungap sorang-sorang berlari...malu gak aku. Tu yang kakak aku cakap beli mesin tu. Dia cakap jangan kedekut pitih kalau nak kurus. Dia sarankan jangan percaya sangat kat jus-jus, ubat-ubat kurus badan yang melambak-lambak kat pasaran. Yang penting bersenam and jaga makan. Betul jugak kata dia tu. Hai...nak kurus punya pasal....

No comments:

Post a Comment