Kawan-Kawan

Powered By Blogger

Tuesday, December 1, 2009

Where Rainbows End

Assalamualaikum, semalam dan hari ni, hujan terus membasahi bumi Kelantan. Pagi-pagi lagi aku dah bangun dari tido dan bersiap-siap nak keluar. Kononnya nak pergi bank awal-awal untuk settlekan payment kereta, sewa rumah kat Terengganu dan bermacam bil lagi. Lepas mandi, tiba-tiba datang pulak rasa mengantuk. Disebabkan aku berada kat rumah kakak aku kat Bachok yang sunyi sepi...aku bantai tido balik. Dalam pukul 10 pagi aku bangun, lepas breakfast (abang ipar yang beli sebab dia tau adik ipar and isteri dia malas nak masak...huhuhuhu...) aku terus bersiap keluar ke Kota Bharu. Lepas selesai segala urusan aku ke kedai buku peberet ku...Popular kat KB Mall. Dapat la beli buku yang diidamkan. Maklum la dah jadi peminat Cecilia Ahern...


 First edition cover
Ni la buku tu...tak habis baca lagik...tak sabar rasanya nak tahu kesudahan.

Aku baru je baca sampai chapter 5. Jalan cerita dia best...sebab plot dia perlu dihayati dalam bentuk mesej, surat, e-mail...tapi kalau orang yang tak suka penceritaan macam tu mungkin agak membosankan bagi mereka. Tapi aku suka...mula-mula bukak kat chapter 1 aku dah gelak sorang-sorang. Nasib baik baca kat dalam bilik...kalau kat public mesti orang ingat aku tak betul. Aku akan cerita pasal buku ni lain kali...

Ok sambung cerita, lepas beli buku aku mulalah menjelajah ke Pacific untuk menambah hutang kad plastik aku. Maklumlaaa selepas bayar segala bil, cash dalam purse tinggal ciput je. Malas nak pergi bank pulak. Jadi terpaksa la guna kad hutang. Hutang dulu belum bayar lagi dah nak tambah hutang baru. Aku mula laa capai segala benda yang aku suka. Tapi masih boleh tahan nafsu shopping ni...sebab teringat hutang...hutang...hutang... Aku suka shopping dan window shopping ni, sorang-sorang pun jadi, tapi masih berpada-pada, tak la sampai jadi satu ketagihan. Satu lagi, aku suka window shopping atau shopping sorang-sorang sebab macam satu terapi pulak rasanya. Terutama jika aku tension, banyak kerja atau sakit hati dengan seseorang. Rasa macam shopping mall tu aku yang punya! Hehehe...

3 comments:

  1. hmmm
    macam best je, maybe i should try n get one..

    ReplyDelete
  2. its worth 2 read it..sgt berbalaoi keluarkan duit tuk bli buku 2..tol x?? hehehe..

    ReplyDelete
  3. try la Noor and mmg its worth to read it angelz...

    ReplyDelete