Kawan-Kawan

Powered By Blogger

Wednesday, April 14, 2010

Lama Tak Citer Pasal Ni...

Assalamualaikum...

Dah lama tak bercerita pasal aktiviti di SMK Seri Serating...semalam baru saja bermula latihan pertama untuk pertandingan kawad kaki antara unit-unit beruniform...sebagai salah seorang guru penasihat Kadet Bomba, secara langsung aku pon terlibat juga...Kadet Bomba merupakan pasukan yang paling ramai ahlinya kat sekolah ni...tak tau kenapa jadi macam tu...ramai minat nak jadi bomba kot...hehehe
Walaupun demam tak berapa nak kebah lagi masa ni...aku gagahkan juga bersama dengan kadet2 dan guru2 penasihat untuk memberi sokongan dan nasihat... =)

Ahli-ahli Kadet Bomba Lelaki

Bersama Jurulatih dari Bomba Marang

Korang boleh tengok kan keadaan cuaca dalam gambar kat atas tu...masa tu dalam pukul 3.30 petang. Memang panas bebenor sampai mata aku pon berpinar masa ni...dalam hati kesian jugak kat pelajar-pelajar yang berpeluh-peluh membuat latihan kawad...ada yang ngadu jurulatih tu garang...tu laa kalau cikgu ni korang buat tak tau je...hehehe...
Hari ni balik je dari sekolah aku belek muka ni...boleh tahan jugak kaler kulit aku..merah!...dah jadi macam topeng pulak kat muka ni...nasib baik tak hangus macam arang.

Hari ni demam dah kebah...syukur...Alhamdulillah...demam tu bagus untuk menginsafkan kita kan? =)

5 comments:

  1. Salam..kawan bagi cadangan,apa salahnya kalau sekali sekala ikut pulak abg bomba tu pegi ke tempat kejadian sebenar,cth nya tempat eksiden ke,buat praktikal mengeluarkan mangsa tersepit ke,tlg2 angkat jenazah yg terlibat ke....blh jgk menambahkan senarai aktiviti kemasyarakatan bersama BOMBA nanti...k nie cume cadangan lah..mana tau tak relevan lak nnti...k thx..

    ReplyDelete
  2. salam shahril, bagus cadangan tu...kalau pegi camping pusat dgn kerjasama bomba biasanya pelajar didedahkan dgn teori dan praktikal terhadap tugas2 bomba ni tp takdelaa detail sgt mcm tlg angkat jenazah..sbb kena ikut modul yg pihak bomba dh sediakan...kalau kt sekolah tu ada laa kami panggil pihak bomba tunjuk cara kawad dan padamkan api...

    ReplyDelete
  3. Ha ha ha..adda...ada secret admire lah pulok.....

    ReplyDelete