Kawan-Kawan

Powered By Blogger

Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru...

Assalamualaikum...
Pertamanya ingin aku ucapkan Selamat Hari Guru buat semua guru di seluruh dunia terutama guruku yang pertama, kedua orang tuaku...jasamu dalam mendidik dan mengajar diri ini tanpa jemu amat bermakna.Pengorbanan ayah bonda dalam mendidik ku dalam mengenal erti kehidupan tidak dapat kubalas dengan apa yang ada di dunia ini...Terima kasih...

Keduanya aku ingin ucapkan Selamat Hari Guru buat bekas-bekas guruku di sekolah rendah (SRK Hamzah) dan menengah (SM Hamzah) yang sudi mengajarku mengenal huruf dan menilai mana yang baik dan buruk...Juga kepada bekas-bekas pensyarahku yang bijaksana dalam menjalankan tugas...Tak dapat aku nyatakan nama kalian semua kerana terlalu ramai namun kutitipkan doa agar guru-guruku ini akan sentiasa diberkati hidupnya oleh Allah S.W.T. Jasa kalian amat besar, hanya Allah yang mampu membalasnya....

Ketiganya aku ingin ucapkan Selamat Hari Guru buat semua rakan-rakan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam bidang Keguruan ni...marilah kita bersama-sama berganding bahu mencurahkan bakti pada anak-anak yang dahagakan ilmu. Kasihi lah anak-anak didik kita kerana sesungguhnya itulah yang dituntut dalam agama. Jangan ada pilih kasih, jangan ada perasaan dendam dan benci, jangan ada rasa sesal dalam menjalankan tugas...Tugas guru adalah amanah dari Allah kepada kita...alangkah bertuahnya kita, dikalangan manusia kita dipilih menjadi guru oleh Allah S.W.T...pekerjaan yang paling mulia di dunia....

Sambutan Hari Guru di SMK Seri Serating berlangsung dalam suasana yang meriah namun sederhana...Seronok rasanya kerana dapat meraikan bersama rakan-rakan dalam suasana muhibah dan harmoni...Merapatkan silaturrahim sesama rakan sekerja...Rasa seronok bertambah bila dapat tengok persembahan dikir barat dari pelajar2 SMK Seri Serating. Terpegun dengar nyanyian Cikgu Nuar dan Cikgu Kassim, dua guru lelaki paling handsome kat sekolah tu...Merdu sungguh suara mereka mendendangkan lagu Tobat Maksiat...Fuhh...boley cair hati gadis-gadis yang mendengarnya...hehehe...

Lagi seronok bila aku dianugerahkan "Guru Perempuan Paling Ceria" oleh pelajar-pelajar ku...Yang kategori lelaki dianugerahkan pada Cikgu Kassim...tak sangka dalam garang-garang aku ni diorang boleh cakap aku ceria...Tak tahu bila diorang buat undian...Buat guru-guru diluar sana...senyumlaa selalu pada pelajar kita...jangan sempadankan diri anda dalam mendekati pelajar dan menjalankan tugas...Barulah dapat anugerah macam aku ni...hehehehe...

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA
Selamat Hari Guru (^_^)

No comments:

Post a Comment