Assalamualaikum...
Selamat berpuasa semua...gembiranya bila datangnya lagi bulan yang mulia dan penuh keberkatan. Syukur pada Allah s.w.t kerana dapat lagi bernafas dan berpuasa di bulan mulia ni. Selamat berpuasa kepada semua blogger-blogger dan kawan-kawan. Semoga puasa kita di bulan Ramadhan ini diterima oleh Allah hendaknya. Amin....
Biasa la kalau bulan puasa tak lari dari semangat untuk membeli juadah di bazar-bazar Ramadhan yang berdekatan dengan rumah masing-masing. Apa kata tahun ni kita kurangkan sedikit tabiat tu, bukan tak boleh langsung nak membeli juadah di luar tapi alangkah elok jika kita masak hidangan sendiri. Lebih seronok dan menjimatkan. Elakkan membazir...sepatotnya bulan puasa ni kita jalankan kempen jimat berjimat bukan kempen boros berbelanja. Betul tak?
Kalau yang mampu tu apa kata ajak kawan-kawan berbuka puasa di rumah masing-masing. Memasak dan menjamu orang yang berpuasa amat digalakkan dan besar fadhilatnya. Lagilah elok jika kita melahirkan perasaan belas dan membantu fakir miskin dan jua anak-anak yatim di bulan ini...ermmm, ingatan untuk diri sendiri juga. Yelaa...kadang-kadang kalau bercakap memang best, nak buat tu yang susah, semoga Allah sentiasa betulkan niat di hati dan tunjukkan jalan yang betul selalu.....Amin =)
"Memadai aku merasa mulia bahawa Engkau Tuhan bagiku dan memadailah aku merasa bangga bahawa aku menjadi hamba-Mu. Engkau yang aku cintai maka berilah aku taufik (agar dapat melakukan perkara-perkara yang Engkau cintai)." Sayidina Ali Abu Talib k.w.
Tuesday, August 10, 2010
Sunday, August 8, 2010
Wahhh Lamanya....
Assalamualaikum...
Wahh lamanya tak hupdate blog ni...maklum laa selalu sibuk bekerja...sekarang ni duduk kat Angullia Beach House Resort di Marang, Terengganu...sambil teman kawan-kawan menjalani program Kem Elit SPM bagi tahun 2010..aku tukang sibuk jek...aku punya turn untuk Kem Elit PMR dah habis 05-07 Ogos lepas..Tempat yang sama jugak...seronok jugak bersantai di tepi pantai sesekali..sambil lihat panorama alam yang indah ciptaan Allah. Syukur dapat kesempatan yang seperti ini....entah bila lagi dapat bersantai tepian pantai macam sekarang ni...maklumlaa selalu sibuk dengan urusan kerja dan peribadi...masa tidak membatasi....Allah dah bagi masa yang sesuai cuma kadang-kadang manusia tak pandai nak guna...last-last jadi sia-sia...insaf....insaf....

Sempat lagi dia ni berposing maut kat tepi pantai...huhuhu : D
Damainya pesisir pantai waktu pagi...
Chowww dulu..... =)
Subscribe to:
Posts (Atom)