Kawan-Kawan

Sunday, December 6, 2009

Ermm...

Assalamualaikum...hari ni penat sikit sebab temankan mak kat hospital. Kebelakangan ni mak tak berapa sihat dan demam. Sebab tubuhnya agak lemah, doktor mintak mak dimasukkan dalam wad untuk pemerhatian. Alhamdulillah... nampaknya mak dah semakin pulih dan berselera makan hari ini. Kami sekeluarga begitu lega dengan perkembangan positif yang ditunjukkan oleh mak. Cuma doktor nasihatkan supaya banyak minum susu dan makan makanan yang berkhasiat.

Bila balik kakak aku dapat mesej dari adik di Kuala Lumpur. Adik aku tanya betul ke KB Mall runtuh. Entah mana laa dia dapat berita yang menggemparkan tu. Aku pun buka la Facebook, mana tau kawan-kawan dah sedia tahu dan maklum kejadian tu. Alahai...bukan runtuh la, tapi kereta yang parking tingkat paling atas telah menjunam jatuh ke dalam Mall tu. Kejadian berlaku dalam pukul 5 petang. Berita mengatakan ada yang terbunuh...Tak sangka juga laa kejadian macam tu boleh berlaku. Tapi kalau Allah mengkehendaki...tak mustahil semua tu. Kat sini aku tenyehkan gambar menyayat hati di Kay Bee mall yang aku ambik kat Facebook....











No comments:

Post a Comment