Kawan-Kawan

Friday, December 25, 2009

Tak Buat Apa Pun...

Assalamualaikum...
Dah berzaman aku tak bukak blog ni. Nak kata sibuk sangat takdela...tapi memang tak bersemangat pulak dalam seminggu dua ni. Minggu lepas aku pergi bercuti ke Melaka dan Kuala Lumpur. Bawak kakak aku dan anak-anaknya berjalan. Jadi drebar diorang...hehehe...tapi ok jugak coz semua perbelanjaan ditanggung beres!


Ini gambar masa kitorang kat muzium istana kesultanan Melaka...kat belakang tu Balai Rong Seri...
Memang aku kagum ler coz besor betul istana tu, dan dikatakan istana tu replika je sebab yang asal dah terbakar...istana yang sebenar lebih besar dari replika ni...ermmm...masa kitorang dok round istana tu, kakak aku berangan kalau rumah dia besar macam tu jugak. Macamlaa rumah dia sekarang ni kecik...nak sapu lantai pun dah sakit pinggang...mau satu hari baru siap. Hehehe...gurau jek!
Yang tak beresnyer, bumper kereta aku tercalar masa nak isi minyak kat Genting Sempah...Memang jelas ketara calar tu...sedih tul...habis kereta baru ku... :-(

Semalam aku baru je sampai dari kampung...penat pun tak hilang lagi tiba-tiba sedih pulak lihat keputusan PMR sekolah yang agak menyedihkan bagi subjek aku ajar. Huhuhu...ramai gak yang pujuk tapi ye laaa....tetap sedih gak...uhuk! Jadi hari ni aku lepaskan tension aku dengan...
.
.
.
.
.
.
dengan duduk kat rumah jek...hehehe...memang tension tul. Tapi semua itu pasti ada hikmahnya. Disebabkan bosan kejap tadi aku keluar ke Kuala Terengganu...mak oiii ramai betul orang kat Mydin dan Giant. Aku ingat bolehlah tumpang beli barang dapor tapi memandangkan keadaan yang sesak dan parking pun penuh...aku pegilaaa beli restoran makanan segera...sebab dah lapor...
.
.
.
.
.
.
Huhuhu....tension tak ilang lagik...

No comments:

Post a Comment